"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Spekulasi Salahuddin keluar AMANAH tanda PN tersepit

AMNI JAGAT

Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau bersama-sama lima lagi ahli parlimen dari Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah berkata beliau masih lagi Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Presiden Amanah.

Katanya ketika lawatan ke rumah pangsapuri Desa Kempas berkata beliau akan setia dengan perjuangan beliau serta tidak akan mengkhianati mandat rakyat di kawasan Pulai.

“Itu yang saya rasa macam mana begitu hebat kami berenam ini dan saya pula yang dikatakan mengetuai Parti AMANAH untuk keluar beramai-ramai menyertai PN. ‘So far’ saya masih lagi Timbalan Presiden dan tidak akan mengkhianati mandat rakyat.

“’I’m still here to fight for you’, saya Salahuddin Ayub akan memenuhi mandat rakyat kepada rakyat. Saya tidak akan menyeberang dan begitu juga rakan-rakan saya yang lain mereka pun akan mengambil langkah seperti saya.

“Ini adalah usaha-usaha terdesak yang terpaksa mereka lakukan kerana sebelum ini terdapat undian di dalam Dewan Rakyat yang memperlihatkan PN mempunyai majoriti tipis dan dua kali undian dibuat hasilnya tetap sama dengan majoriti yang terlalu tipis,” tegasnya.

Beliau ketika ditanya telah memaklumkan bahawa tawaran dari PN untuk beliau mengambil langkah meninggalkan partinya memang berlaku namun perkara itu tidak diendahkan oleh beliau.

Selain itu katanya, terdapat juga namanya disebut untuk membuat langkah menyeberang ke PN untuk Dun di Johor namun beliau menafikan.

“Itu pun sama, kali ini tuduhan saya juga mengetuai untuk Adun-Adun di Johor lompat masuk ke PN itu semua saya nafikan.

“Mereka semua buat itu adalah untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka ada nombor majoriti yang buat sementara ini selesa. Majoriti di sini (Johor) pun terlalu tipis.

“Dan perkara ini belum terbukti di mana Dun Johor masih belum memanggil untuk bersidang. Selepas titah diraja tempoh hari sampai sekarang Dun masih tidak panggil untuk bersidang,” tegasnya.

Tiada ulasan: