"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

24,000 ahli Bersatu Kelantan bakal keluar parti

FAZLI RADZI

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Sazmi Miah mendakwa seramai 24,000 daripada 42,000 ahli parti negeri itu bakal meninggalkan Bersatu dalam masa terdekat.

Menurutnya, mereka akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baharu ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang media di Kota Bharu hari ini juga, beliau mengumumkan 200 ahli Bersatu Kelantan keluar parti.

Beliau berkata, mereka terbabit membuat keputusan itu kerana merasakan Bersatu telah menjauhkan diri dari objektif asal parti untuk memerangi kleptokrasi.

“Kami tidak boleh menerima keputusan membawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan baharu yang terdiri daripada parti yang kami lawan bermati-matian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” lapor Bernama.

Jelas Sazmi, kesemua 200 bekas ahli Bersatu yang hadir hari ini mewakili lebih 5,000 ahli akar umbi lain yang meninggalkan parti.

“Sebenarnya kita ada senarai lebih 5,000 (ahli akar umbi yang keluar parti) dan 2,000 sahaja dari Pasir Puteh.

“Yang hadir hari ini 200 orang mewakili ahli akar umbi lebih 5,000 itu,” dakwanya lagi.

Tiada ulasan: