| Muhammad Arif Ismail | |
SHAH ALAM, 12 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Negeri (Adun) Gombak Setia yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berkata, institusi Masjid di negeri Selangor dimandulkan oleh pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana rumah tuhan itu merupakan tempat yang terbaik untuk melahirkan Khaira Ummah. Katanya, bagi melahirkan Khaira Ummah satu jawatankuasa masjid perlu dirombak kembali kerana ahli jawatankuasa perlu terdiri daripada golongan yang mempunyai tauliah. Sebelum ini menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, kerajaan BN melantik ahli jawatankuasa masjid dengan menggunakan sistem 'tunjuk'. Tambah beliau, sistem 'tunjuk' inilah akan membuka peluang kepada Ketua Bahagian Umno untuk menutup sinar agama Islam yang sebenarnya. Bagaimanapun, katanya, setelah kerajaan baru Pakatan Rakyat memerintah negeri ini telah membuat perubahan untuk melantik ahli jawatankuasa baru untuk mengimarahkan masjid agar di penuhi cahaya siang dan malam. "Proses pemilihan adalah seperti mesyuarat agung khas pencalonan ini hendaklah dipengerusikan oleh nazir masjid berkenaan dan pegawai agama Islam daerah atau perwakilan boleh mempengerusikan mesyuarat tersebut bedasarkan pekeliling yang diedarkan. "Manakala kaedah pencalonan pegawai masjid atau jawatankuasa kariah masjid hendaklah dibuat sebulat suara atau lebih suara anak kariah yang hadir dan bilangan pencalonan adalah tiga orang calon nazir, tiga orang calon imam, dua orang calon bilal dan dua orang calon siak," katanya. Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan dari Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang ingin mengetahui preses pemilihan ahli jawatankuasa masjid dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini. Adun Meru itu juga bertanya mengenai kriteria untuk jawatan nazir. Menurut Dr Hasan, keutamaan akademik minima ialah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan diberikan keutamaan kepada calon yang mempunyai diploma bahkan ada nazir yang berkelayakan PHD. "Calon tersebut tidak melebihi 60 tahun, tinggal tetap dalam kariah masjid atau surau, boleh membaca, menulis dan mengira, mempunyai pengetahuan Islam, mempunyai akhlak yang mulia dan amanah dan calon nazir hendaklah mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang melibatkan institusi masjid. "Selalu membuat amal kebajikan, sihat tubuh badan dan mental serta mempunyai daya kepimpinan," katanya. |
BN 'mandulkan' institusi masjid
Bekas buruh ladang Putrajaya tuntut ganti rugi rumah flat
| Othman Jailani | |
Putrajaya,(Hrkh)Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Rumah yang indah, cantik, lapang dan selesa itu adalah impian setiap orang. Namun, siapakah yang mampu memberikan teduhan yang menyamankan? Pertelagahan antara penduduk dengan pihak pemaju kerap terjadi apabila pihak pemaju mengambil sikap lepas tangan. Dan, semua ini tentunya akan menimbulkan konflik yang berpanjangan. "Kami tidak mahu rumah pangsa ini, kami mahu rumah ganti!" laung sekitar 150 orang penduduk di Flat Taman Permata, Dengkil baru-baru ini setelah beberapa keputusan telah dicapai. Para penduduk di flat Taman Permata, Dengkil ini asalnya adalah bekas pekerja ladang Galloway, Medingley, Sedgeley dan Prang Besar. Mereka dipindahkan ke flat ini apabila diusir dari ladang mereka dengan tujuan supaya tanah ladang itu boleh digunakan sebagai pembangunan Putrajaya. Keputusan ini telah diambil dengan sebulat suara melalui undian oleh 150 penduduk Flat Taman Permata, Dengkil yang telah menghadiri mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini. Flat Taman Permata dibangunkan oleh Putrajaya Holding bersama PNSB dan Kerajaan Selangor di bawah BN untuk memindahkan penduduk-penduduk empat ladang tanpa mengambil kira kebajikan penduduk-penduduk. Motif utama mereka ialah - mengambil tanah dan terus membangunkan Putrajaya. Sejak 1998, ketika flat ini mula dibangunkan, persekitaran flat ini amat teruk dan semua kemelut ini telah menyumbang kepada masalah kesihatan dan penyakit sosial dalam kalangan penduduk. Kini masalah di flat Taman Permata, Dengkil ini telah mencapai peringkat yang sangat kritikal. Antara masalah flat Antara masalah yang dihadapi penduduk di sana ialah wujudnya keretakan dinding bangunan, sistem pembentungan tandas yang bermasalah dan tanah melongsor di dasar blok di mana di kesemua 5 blok dasar tanahnya telah pun turun, meninggalkan ruang kosong sebesar 3-4 kaki antara blok dan tanah. Terdapat juga lubang-lubang besar pada dasar flat dan juga paip air yang telah bocor. Ini menyebabkan persekitaran flat ini mengalami pencemaran persekitaran sekali gus mewujudkan keadaan yang tidak selamat untuk didiami. "Satu mesyuarat besar telah diadakan oleh jawatankuasa tergempar Taman Permata bersama Jerit dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mendapatkan maklumbalas penduduk Taman Permata, Dengkil bagi menangani masalah yang mereka hadapi sekarang. "Dalam mesyuarat yang dihadiri 150 penghuni Flat Permata Dengkil itu, suatu Jawatankuasa Bertindak Taman Permata telah ditubuhkan," kata Jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Nalini. E. Jawatankuasa ini telah dipilih melalui pilihan raya yang dijalankan secara terbuka dan diperhatikan pelbagai pihak. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa penduduk telah dipilih dengan empat perwakilan bagi setiap blok. Hanya tiga pilihan Tambah Nalini, selepas pembentukan jawatankuasa tersebut, suatu undian dilakukan untuk melengkapkan Tuntutan Penduduk Taman Permata. Para penduduk di situ diberikan tiga pilihan iaitu:- Pertama, para pekerja itu terus tinggal di sana dan kemudahan prasarana yang ada haruslah diperbaiki. Kedua, kawasan perumahan itu kini perlu diberi secara percuma dan segala kemudahan di kawasan itu haruslah diperbaiki. Ketiga, para peladang boleh memilih untuk tidak tinggal di rumah yang sedia ada dan mereka mahukan rumah ganti. "Pengundian telah dilakukan dan keputusannya, 95 peratus penduduk telah memilih untuk berpindah keluar dan mahu rumah ganti. Apabila keputusan ini diumumkan, penduduk yang hadir mesyuarat itu sungguh gembira dan berjanji untuk terus berjuang bagi mencapai tuntutan ini," kata Nalini. Nalini menambah, mesyuarat itu ditamatkan dengan satu semangat baru, iaitu mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan hak bagi para penduduk Taman Permata itu. 10 tahun dahulu, menurut Nalini, penduduk di empat ladang ini telah ditipu pelbagai pihak, sehingga mereka hidup merana dalam flat yang tidak selamat dan hidup dalam serba kekurangan. Hari ini mereka telah pun sedar bahawa, jika mereka tidak berjuang, maka mereka akan terus menerus diperdayakan. Penduduk Taman Permata Dengkil berjuang dengan suatu keinginan untuk meneroka masa depan mereka yang cerah ke arah menuntut supaya diwujudkan kemudahan untuk generasi mereka yang akan datang. Jerit akan selalu bersama mereka dalam perjuangan ini demi mencapai keadilan untuk masyarakat ladang setelah tiga generasi mereka bertungkus lumus membanting tulang di ladang demi pembangunan negara. |
Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?Assalamualaikum.
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak. (2MA)