FMT Reporters
Kerjasama BN-PN menguasai 25 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus melepasi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.
Barisan Nasional (BN) menang 18 DUN manakala Perikatan Nasional (PN) tawan tujuh kerusi menerusi kerjasama pada PRN Negeri Sembilan.
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) secara rasmi memenangi 18 kerusi pada PRN Negeri Sembilan, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh.
Keputusan itu menyaksikan kerjasama BN-PN menguasai 25 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, melepasi ambang 24 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti dua pertiga.
BN muncul parti terbesar dengan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimenanginya pada PRN 2023, selain merampas Chennah, Pilah dan Repah daripada PH serta Labu daripada PN.
Antara kejutan terbesar ialah kekalahan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di Chennah selepas tiga penggal apabila beliau memperoleh 5,038 undi, tewas kepada calon BN Siow Kong Choon yang meraih 5,726 undi.
Siow menang dengan majoriti 688 undi, berbanding kemenangan Loke dengan majoriti 2,200 undi pada PRN 2023.
Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun turut tewas di Linggi selepas berpindah dari Sikamat. Beliau memperoleh 6,163 undi berbanding calon BN Faizal Ramli yang meraih 9,139 undi, sekali gus menang dengan majoriti 2,976 undi.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan pula mempertahankan DUN Rantau dengan majoriti 12,018 manakala Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menang Pertang dengan majoriti 3,719 undi.
Selain Chennah, Linggi, Rantau dan Pertang, BN turut menang Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh dan Seri Menanti.
Senaling, Pilah, Johol, Labu, Chembong, Rantau, Kota, Linggi, Gemencheh dan Repah.
PH pula menang Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Chuah, Lukut dan Sri Tanjung.
Tujuh kerusi ditawan PN adalah Klawang, Serting, Sikamat, Ampangan, Paroi, Bagan Pinang dan Gemas
Bersatu pula kalah di semua 24 kerusi ditandingi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan