"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam Musa akan digugurkan?

Din Binjai
Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)," pengakuan Husam

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

Kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mana Najib Dapat Duit Korban 427 Ekor Lembu Parlimen Pekan

professor
"Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.

Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit
427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian. Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00.

Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00. Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni.

Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan

Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?
Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut

Mana GERAK ni ?

Lim Kit Siang (DAP) Desak Ketua Pesuruhjaya SPRM Letak Jawatan Segera

MayLin
Lim Kit Siang (DAP) gesa ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan letak jawatan ekoran dari merosotnya indeks persepsi rasuah Malaysia. Transparency International Malaysia(TI-M)memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan yang menjunam dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Lim Kit Siang berkata di lobi parlimen bahawa perkara begini adalah amat memalukan negara Malaysia dan jelas menunjukkan ketidak berkesanan SPRM dalam menjalankan tugas membasmi rasuah.

Beliau juga kecewa dengan janji-janji Perdana Menteri untuk memerangi rasuah yang juga telah memaklumkan bahawa membasmi rasuah adalah salah satu dari enam KPI (Key Performance Index) yang merupakan tunjang utama di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata di bawah pentadbiran Najib yang baru menjangkau 7 bulan telah menunjukkan kemerosotan yang teruk di dalam markah dan kedudukan negara dalam TI CPI

"Selama 15 tahun lepas, Malaysia hanya jatuh dua kali di bawah markah 5, iaitu 4.8 pada tahun 2000 dan 4.9 pada tahun 2002" ujarnya lagi.

Markah CPI dikira melalui skala 1 hingga 10, dengan skala 10 adalah yang terbaik dengan berkurangnya rasuah.
Tahun ini (2009) Malaysia adalah negara perasuah yang berkedudukan pada tangga 56 dari 180 negara dunia yang lain. Manakala pada tahun lepas, Malaysia adalah pada tangga yang ke 47 dengan markah CPI 5.1

Menurut Lim juga Pelan Integriti Nasional letah dilancarkan pada tahun 2004 dengan pelan 5 tahun untuk menurunkan kadar TI CPI di Malaysia dari tangga ke 37 pada tahun 2003 ke tangga yang lebih rendah sekurang-kurangnya tangga ke 30 pada tahun 2008.

"Tiada Siapa di dalam kerajaan yang berani untuk memaklumkan Pelan Integriti Nasional untuk tahun 2004-2008," ujarnya lagi.