"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika rusuhan 13 Mei berlaku lagi, ORANG MELAYU PALING RUGI

Koon Yew Yin
Jika  rusuhan 13 Mei berlaku lagi, ORANG MELAYU PALING RUGI
Semakin dekat kita menghampiri pilihanraya umum untuk benar-benar diadakan, semakin banyak laungan terdesak oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa tragedi berdarah 13 Mei akan berlaku sekali lagi jika kebanyakkan parti politik dan mereka yang berkepentingan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.


Hakikat bahawa ugutan ini ditujukan kepada kaum Bumiputera yang terdapat dalam masyarakat kita secara terang-terangan kerana ia dinyatakan dalam bahasa kebangsaan jelas dan boleh didapati dalam setiap media cetak dan atas talian menjadikan saya curiga akan tujuan sebenar ahli politik yang mendakwa bahawa mereka hanya mahu menyelamatkan keadaan jika keputusan piliharaya tidak menyebelahi mereka untuk meneruskan kuasa dalam struktur yang sedia ada.

Pada fikiran saya, ahli-ahli politik ini bukan sahaja cuba meletakkan tekanan kepada pengundi Melayu untuk memberi undi kepada mereka, malah mereka dengan terang-terangan memberitahu strategi mereka- jika kalah, mereka akan membuat kacau dan mengganas. Akibatnya, ketidakstabilan politik akan berlaku secara otomatik jika parti pembangkang menang dalam pilihanraya.

Ugutan ke atas pengundi dan juga kenyataan mahu melancarkan kekacauan dan bertindak samseng dalam masyarakat kita tidak boleh diterima sama sekali. Beberapa ahli akedemik dan politik dari pakatan pembangkang telah mengutuk tindakan menakut-nakutkan rakyat tidak lama dahulu. Namun begitu tidak banyak yang telah dilakukan oleh komuniti peniaga dan juga persatuan profesional yang lain untuk mengutuk dan memberi amaran kepada ugutan ini walaupun merekalah yang akan kerugian besar jika episod 13 Mei berlaku lagi.

Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan untuk mengutuk individu dan juga organisasi yang mengugut kerana ugutan mereka akan benar-benar berlaku semakin kita menghampiri hari itu nanti.

Ugutan terbuka Sharizat


Provokasi terbaru 13 Mei berlaku pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Dalam perhimpunan ini, Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil memberi amaran bahawa tragedy 13 Mei akan berulang jika Umno menjadi lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran mereka. Amaran ini dilakukan secara terang-terangan dalam ucapan pembukaannya dan ini menunjukkan cara mereka yang terdesak ini berfikir sudah menjadi kebiasaan dalam budaya politik mereka.


Apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah kedua-dua Najib dan Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan timbalan presiden dan lebih-penting lagi sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, gagal membidas kenyataan Sharizat yang cuba menakut-nakutkan rakyat. Malah, Timbalan Perdana Menteri cuba mempertahankan ucapan Sharizat dengan menjelaskan bahawa keganasan bakal berlaku dibawah pemerintahan pakatan rakyat.

Pemimpin Umno yang lain, seperti timbalan presiden Hishamuddin Hussein juga telah pergi jauh dengan menyatakan bahawa perhatian yang diberi ke atas kenyataan 13 Mei Sharizat telah diputar belit oleh pembangkang dan mereka menyalahkan pula media pro-pembangkang dan elemen-elemen pembangkang yang lain.

“Sharizat sudah memaklumkan kepada saya bahawa ini merupakan satu lagi perkara yang akan digunakan oleh pecahan lain, hanya kerana ia berlaku pada perhimpunan agung,” menteri yang bertanggungjawab akan keselamatan dalam negara dilaporkan berkata dalam kenyataannya membidas jika rakyat patut memandang hal ini dengan serius.

Walaupun jika ia merupakan kes reaksi melampau terhadap kenyataan media yang menakut-nakutkan rakyat, diingatkan agar Sharizat dan rakan-rakannya untuk jangan sekali-kali cuba bermain dengan api atau cuba menggalakkan ahli parti yang lain yang suka mengugut akan berlakunya kejadian 13 Mei dan lebih teruk lagi, memberi izin atau menjustifikasikan keganasan dan kecelakaan rusahan perkauman seperti apa yang mereka sedang lakukan sebelum pilihanraya berlangsung.

Susulan keganasa pilihanraya

Jika berlaku pertumpahan darah dan keganasan akibat pilihanraya yang akan datang, orang bukan Melayu bukanlah mangsa sebenar atau akan menderita akibat kejatuhan pasaran saham dan kehancuran ekonomi negara kerana kita akan melihat ramai usahawan dan pelabur tempatan mahupun asing meninggalkan negara ini. Penderitaan akan menjadi ekslusif kepada orang Malaysia terutamanya mereka yang sedang menikmati kehidupan yang mewah sekarang ini.

Kita harus ingat bahawa pada tahun 1969, mereka tidak begitu rugi, hari ini, situasinya sangat berbeza. Orang Melayu banyak memegang ekonomi seperti perbankan, industri pembuatan, teknologi tinggi dan banyak lagi syarikat yang tersenarai. Hasilnya, perkembangan ini telah melahirkan ramai orang Melayu kelas pertengahan dan atasan yang bakal menanggung risiko jika peristiwa 13 Mei berulang lagi. Mereka mungkin akan lenyap sama sekali apabila ekonomi mengalami kehancuran dan kehilangan keyakinan ekonomi tidak kembali.

Satu lagi episod 13 Mei tidak boleh dibayangkan dan dimaafkan kecuali kepada mereka yang dikaburi oleh kerakusan untuk berkuasa sehinggakan mereka sentiasa mengingatkan diri mereka sendiri akan kemungkinan buruk itu. Walau bagaimanapun, sekiranya ia benar-benar berlaku, tidak seperti kejadian pertama 13 Mei, ia sudah jelas siapakah dalangnya.

Kesimpulan:

Saya percaya, artikel ini akan menjadikan lebih ramai lagi mereka yang mempunyai kepentingan- ahli perbankan, ahli peniagaan terkemuka, ahli akademik dan juga pemimpin parti-parti politik- untuk bersuara dan mengutuk percubaan mengugut akan berulangnya kejadian 13 Mei jika berlaku perubahan dalam pemerintahan. Orang Melayu harus ingat, jika Pakatan Rakyat memerintah, akan ada lebih ramai ahli parlimen Melayu dari kaum lain.

Orang Melayu akan kerugian besar jika rusuhan 13 Mei berlaku lagi.
- cpi

Diekori Cawangan Khas? Banyak yang mahu dikongsi oleh Musa yang TERDESAK

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Apabila kita mempunyai perdana menteri (PM) yang licik seperti Mahathir Mohamad, ketua polis negara (KPN) yang patuh seperti Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) yang dipersoalkan kredibilitinya seperti Abdul Gani Patail, terlalu banyak perkara yang boleh dipalsukan untuk mengekalkan status quo dan menyembunyikan sistem yang dibina dengan begitu teliti oleh Mahathir dan parti UMNO untuk mengaut keluar wang negara sehingga ke ringgit yang terakhir.
Kita semua tahu salah laku Mahathir seperti penyalahgunaan kuasa dan wang serta pembaziran ke atas perbendaharaan negara tanpa rasa perlu menabung untuk kecemasan, sekali gus meninggalkan orang Melayu ‘kering kontang’ seperti pengemis di tempat kelahiran mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, Mahathir berjaya mewujudkan beberapa orang jutawan Melayu dan juga beberapa bilionaire Melayu, namun seperti apa yang dikatakan bekas pengerusi MRCB, "Apalah maknanya mempunyai beberapa orang jutawan apabila puluhan ribu yang lain hilang punca pendapatan?"

Tetapi, dalam buku Mahathir, seperti biasa, dia merupakan penyelamat dan wira bangsa dan tiada siapa yang berani untuk mempersoalkannya. Seperti biasa, bukan dirinya tetapi orang Melayu lah yang tidak "bersyukur" dan patut dipersalahkan atas nasib yang menimpa diri mereka sendiri.

Lubuk buaya
Sekarang, mari kita kembali kepada Musa Hassan, yang telah bersara sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 yang pada masa yang sama sedang bertelingkah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa bersama dua lagi adik beradiknya iaitu pelakon terkenal Jalaluddin dan Fuad, bekas ahli parlimen UMNO Ampang Jaya, telah dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama. Mereka membesar dalam persekitaran yang kuat didikan namun tidak terlalu kaya. Akibatnya, mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara diri sendiri.

Dengan latar belakang sedemikian, ia tidak menghairankan jika Musa mampu untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai pendapatnya sendiri walaupun telah menjadi anjing peliharaan Mahathir selama beberapa dekad – lebih-lebih lagu sejak tuduhan liwat dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Musa pernah menjadi Ketua Polis Johor dan kebanyakan rakyat Malaysia telah tahu mengenai khabar penglibatannya dengan bos sindiket pinjaman Ah Long, Tengku Goh di Muar. Ya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melaksanakan 'penyiasatan' acuh tak acuh mereka tetapi AG mengarahkan kes itu ditutup walaupun sebelum siasatan selesai, kerana mendakwa mereka kekurangan bukti! Tetapi itulah kebiasaan Gani.
Peguam Negara juga telah dituduh melakukan beberapa perbuatan yang tidak patut sebagai ketua peguam negara. Pada satu masa, Gani telah dituduh memiliki perempuan simpanan dan dia telah membeli sebuah rumah untuknya di Alor Gajah dengan wang yang kononnya diberikan oleh pengarah kumpulan pembinaan tempatan. Khabarnya, Gani telah memberi ‘pertolongan’ dalam kes yang berkaitan dengan beberapa perniagaan yang dihadapi oleh syarikat itu.

Gani yang juga rapat dengan Tajudin Ramli, bekas pengerusi MAS yang juga pernah menjadi anak emas Mahathir dan kroninya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Tidak syak lagi bahawa Musa seperti Gani, merupakan orang yang tidak jujur, yang juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang dua kali lima, mereka ini semuanya ada kaitan dengan Mahathir, yang ramai pasti bersetuju semakin hari semakin kabur kredibiliti mereka .

Berpatah arang
Jadi mengapa Musa tiba-tiba memilih keluar dari kumpulan yang diketuai dirinya sendiri? Adakah dia mula beralih menjadi pro-pembangkang dan kenapa? Adakah dia bakal menyertai PKR atau PAS dan mengapa? Tidak syak lagi, kita akan mengetahui jawapannya tidak lama lagi.

Tetapi sehingga cerita sebenar diketahui, plot yang paling menarik perhatian melibatkan Musa, Gani dan Mahathir adalah dakwaan merangka tuduhan liwat yang pertama ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Hukuman digugurkan dan Anwar dibebaskan pada September 2004 selepas merana dalam penjara selama 6 tahun.

Musa, yang pada ketika merupakan pegawai penyiasat, telah memainkan peranan penting dalam penganiayaan Anwar. Walau bagaimanapun, pemenjaraan Anwar inilah yang menaikkan pangkat Musa kepada jawatan KPN oleh Mahathir dan selanjutnya seperti apa yang kita sudah ketahui sekarang.

‘U-turn’ mengejutkan Musa bermula pada Oktober lalu apabila dia tiba-tiba menarik balik saman fitnah 'Mata Lebam' dirinya terhadap Anwar. Laporan berita pertemuan Musa dengan Mursyidul Am PAS Nik Aziz juga hebat diperkatakan dan mengejutkan ramai pihak.

Spekulasi Musa ingin menyertai PAS sedang bertiup kencang malah ia telah menjadi satu trend bagi bekas penjawat awam terutamanya polis untuk menyertai sama ada PAS atau PKR untuk 'menebus' dosa-dosa yang mereka katakan tidak punyai pilihan untuk lakukan semasa bekerja di bawah pentadbiran Umno-BN.

Masa untuk mencari perhatian maksima pemimpin Umno
Sekarang, Musa Hassan mendakwa bahawa sepupu Najib, Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri,sering mencampuri urusan polis. Mengapa Musa membuka cerita ini apabila UMNO sedang mengadakan perhimpunan Agung ke-66 pada akhir bulan lepas?

Ramai yang telah merasakan mungkin ada beberapa "orang kuat" dari dalam UMNO sendiri dan bukan Pembangkang yang telah menghasut Musa untuk berbuat demikian.

Ia adalah sesuatu yang aneh apabila cerita ini dibuka serentak dengan Deepak yang juga membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Rosmah Mansor dan Ketua Wanita Selangor Raja Ropiaah berkenaan penipuan penswastaan ​​tanah.

Apabila testimoni Musa memalukan Hishammuddin, Deepak pula menjerit-jerit bahawa sepupu Hisham - Najib dan isterinya Rosmah bukan juga dari golongan yang baik-baik.

Terpijak jari kaki
Apa pun motif Musa atau mana-mana pihak terlibat dalam perang saudara UMNO yang cuba dibantu olehnya, jelas sekali bekas ketua polis itu sedang berusaha menyelamatkan dirinya sendiri. Ya,Musa Hassan yang sedegil keldai itu telah menyedari kebodohan dirinya sendiri.

Semasa zaman kegemilangannya, dia begitu berpengaruh dan banyak bergaul dengan orang-orang seperti Tengku Goh, Gani, Mahathir dan orang-orang besar yang lain, Musa tidak sedar akan mereka yang telah disakiti pada masa itu. Dia hanya menyedari bahawa masanya sudah hampir tamat apabila dia tidak lagi arahan Hishamuddin.

Ini telah menyebabkan perkhidmatannya telah ditamatkan tanpa diberikan apa-apa keistimewaan sebagai pengerusi dalam beberapa GLC terkenal atau syarikat berkaitan kerajaan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Musa telah ditinggalkan kering kontang tetapi yang pasti sebagai bekas penjawat awam yang tertinggi, dirinya telah diketepikan untuk mendapat habuan persaraan.
Musa enggan mengikut telunjuk kerana dia berfikir dirinya masih boleh menggunakan 'pengalaman' atau keistimewaan hubungannya dengan Mahathir. Tetapi dia telah mendapat tahu bahawa waris Mahathir tidak menyimpan niat untuk meneruskan kerjasama dengannya. Jadi tinggallah Musa dengan tangan kosong dan bertahi.

Apa yang lebih menyakiti lagi, Mahathir berpura-pura tidak tahu pada usia 87 tahun, dialah yang menarik tali boneka untuk mengawal Najib 'panglima’ UMNO yang lain untuk mengayakan anak-anaknya.

Namun, realitinya Mahathir sudah terlalu tua untuk bertahan lebih lama manakala UMNO pula sudah jauh tenggelam dalam masalah. Jadi, Musa telah sedar bahawa lebih baik dia melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkannya sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan memerintahkan siasatan berskala penuh ke dalam semua sandiwara Mahathir. Musa juga pasti takut akan salah lakunya sendiri yang bakal mendatangkan masalah baginya. Dia tahu dia terpaksa menjauhkan dirinya daripada watak-watak jahat ini dan membersihkan dirinya agar mempunyai peluang untuk mengelakkan diri dari didakwa dan dipenjarakan dalam penglibatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Terdapat ramai telah menerima nasib yang sama, apabila tidak diperlukan lagi oleh UMNO, dicampak ibarat kain buruk. Satu lagi contoh baru-baru ini adalah Musa Hitam, bekas timbalan perdana menteri yang tiba-tiba 'meletak jawatan' sebagai pengerusi Sime Darby. Seperti Musa Hitam, Musa yang seorang lagi ini pasti sudah mengira harinya. Kedua-dua mereka sudah tiada penyokong dari belakang.

Dalam keadaan sedemikian, sudah semestinya Musa tiba-tiba 'sedar' dan cuba membuktikan dia masih boleh kembali ke pangkal jalan dan bersuara untuk rakyat - walaupun ini merupakan sesuatu yang dia sepatutnya lakukan sedekad yang lalu ketika dia masih berpengaruh dan benar-benar boleh membantu masyarakat.

Faktor Ramli Yusoff
Seperti kata pepatah, perkara jahat, walau sebutir pasir pun akan di balas jua, (what goes around comes around). Setakat ini, tidak ramai yang bersedia untuk membantu Musa kerana dirinya itu tidak boleh dipercayai. Dengan latar belakang dan rekod buruk, siapa atau parti mana yang mahu mengambil risiko dianiya olehnya nanti? Sedih juga untuk diakui, Musa Hassan adalah racun yang amat berbisa.

Tetapi selain dari menyelamatkan dirinya sendiri ada 'satu perkara' yang sebenarnya menakutkan Musa Hassan, menurut sumber dalaman, “Perkara' inilah yang menjadikannya mengambil keputusan untuk membuka cerita orang-orang kuat dalam UMNO. Dan apakah 'perkara' yang telah menjadikan lelaki seperti Musa ketakutan dan tergesa-gesa untuk membuka mulut yang pada suatu masa tertutup rapat?

Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan, kes Ramli Yusoff dengan AG dan dirinya sendiri. Bekas penjawat jawatan tinggi polis, Ramli mendakwa dirinya diperangkap SPRM dalam “kes polis bernilai 27 juta ". Tuntutan mahkamah Ramli benar-benar mengganggu fikiran Musa kerana kes itu begitu jelas. Peguam yang berpengalaman mengatakan fakta-fakta boleh didedahkan di mahkamah dan Musa akan dijadikan kambing hitam bagi AG dan SPRM kerana dialah yang didakwa diberikan "bukti" untuk mereka terhadap Ramli.

Mungkin Musa kini cuba untuk mengatakan kepada semua bahawa "Hei, saya bersih, saya tidak melakukan apa-apa yang kesalahan dan merekalah yang memaksa saya untuk melakukan semua perkara-perkara jahat itu!"

Diekori Cawangan Khas
UMNO dan Najib harus mengambil serius dakwaan Musa Hassan kerana aka nada banyak yang mahu dikongsinya apabila dia semakin terdesak. Dia banyak menyimpan rahsia gelap UMNO dan menjadi satu tindakan yang agak bodoh dan angkuh bagi mereka untuk mengabaikannya.

Pembangkang juga harus membuka mata kerana apa yang membahayakan UMNO biasanya akan memberi banyak manfaat kepada mereka. Anwar dan pemimpin PR perlu cuba untuk mendekati Musa agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk membantu Musa 'memulihkan' dirinya dalam supaya dia menjadi orang yang berguna, amanah dan boleh diterima semula oleh masyarakat.

Musa, dalam keadaan yang terdesak, telah gagal untuk menyedari bahawa dia telah menjolok sarang tebuan. Ya, sarang dua sepupu iaitu Najib dan Hishamuddin. Turut menerima tempias adalah Rosmah, yang bersedia untuk melakukan serangan balas. Musa pasti tahu bahawa serangan merupakan pertahanan yang terbaik dan bukan dia sahaja yang tahu akan ini malah ia boleh digunakan juga oleh musuh-musuhnya.

Sumber mengatakan inilah sebabnya polis Cawangan Khas sering mengekori Musa, bekas ketua mereka sendiri hanya 2 tahun yang lalu. Jelas sudah bahawa Najib terpaksa menghentikan Musa daripada melakukan lebih banyak kerosakan keatas kerjaya politiknya dan menjejaskan survival UMNO pada masa yang sama, terutama sekali dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Musa, sepertimana yang mereka katakan berada dalam keadaan yang genting. Berbahaya dan juga dalam bahaya!

Abby Abadi-Gambar yang merosakKan


Dukunpasir

Jika anda baca artikel saya tentang TEORI NGERI BARISAN NASIONAL ....anda akan jumpa salah satu PUNCA kejatuhan dan kebinasaan UMNO dan Barisan Nasional bukan disebabkan KEKUATAN PEMBANGKANG secara dasarnya....TETAPI disebabkan oleh Umno sendiri.

Seminggu lalu kita dikejutkan dengan budaya samseng hingga ada aksi tikam menikam melibatkan kedua parti politik. Dan masing masing cuba BERSELINDUNG DISEBALIK KEJADIAN TERSEBUT UNTUK "menyalahkan pihak lain". Kita imbas kembali suasana ceramah pada era 80an,90an .waktu itu ADAKAH BERLAKU KEJADIAN SAMSENG BEGINI? Kenapa dulu tidak berlaku dalam ceramah Pembangkang?? Jawabnya mudah, kerana PEMBANGKANG WAKTU ITU TIDAK KUAT! Tidak ramai yang hadir ceramah anjuran mereka . TAPI KINI ceramah Pembangkang ramai yang hadir hingga SAKIT MATA ..hingga sakit hati pemimpin Umno yang akhirnya menjurus kepada POLITIK SAMSENG ala sarip dol.

Dari alasan diatas, anda sendiri sudah nampak SIAPA PUNCA SEBENAR DISEBALIK KEKECOHAN INI? Saya tidak berkata Pembangkang tidak salah...tidak ada yang samseng..tapi DALAM KEADAAN TERTEKAN MENCARI SEMULA SOKONGAN RAKYAT,UMNO akan TERIMA SEMUA AKIBATNYA.

Habis saja perhimpunan "Makan Pau" kita mengharapkan UMNO dan Barisan Nasional bangkit dan cuba mendekati rakyat ..tetapi PENDEKATAN KERAS yang mereka gunakan kan cuma MENJARAKKAN LAGI SOKONGAN RAKYAT...

Tidak pernah berlaku dalam dunia ini,satu parti yang GANAS AKAN DISOKONG OLEH RAKYAT, jika berjaya memerintah dengan kekerasan dan ketakutanpun PARTI INI TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA.

Media dan alat hubungan sudah berubah, ianya lebih cepat dan pantas.Umno harus sedar semua ini, jangan berharap RAKYAT CUMA MELIHAT DI MEDIA TV MEREKA SAJA..TAPI LIHAT KEBANGKITAN DAN KEMARAHAN RAKYAT DI MEDIA INTERNET ...media Telefon .....ini lah DURI dalam daging yang AKAN MENELAN DAN MENAPIS SEGALA BERITA YANG MEREKA SAMPAIKAN.....

Bukti bergambar serta video keganasan dalam kelakuan sebenar kita dah tengok dan dipaparkan oleh teman teman blogger dalam TKO ini. Kini kita lihat KEGANASAN AYAT DALAM PERANG DI TWITTER.....maki hamun dan LUCAH.

Siapa CAKAP LUCAH dan SIAPA MAKI HAMUN? Tak payah susah susah nak fikir, cuma ada 2 pihak yang bertelagah...Satu Umno dan satu Pakatan, LIHAT SIAPA dan fikir....

"SEMENTARA MASIH ADA MASA DAN KUASA..Umno perlu ubah cara berpolitik mereka sebelum rakyat mula KELUAR DARI BARISAN.......