"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Melayu bergurulah dengan Cina

Mohd Sayuti Omar
Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.
Manakala di Kuala Kangsar, undi Cina di Jerlon yang dulu dimenangi oleh pembangkang kini jadi sebaliknya.

Mungkin peralihan undi Cina itu meresahkan DAP? Ia akan menjadi lebih menakutkan kalau siptom yang ditunjukkan di Sungai Besar itu khasnya berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang. DAP sudah tentu akan bangkit dan bingkas mencari formula dan kaedah untuk membendung siptom itu agar tidak menjadi barah kepadanya.

Bagaimana pun, saya melihat peralihan undi Cina yang boleh dikira besar itu, bukan kegagalan DAP dalam berkempen dan menarik perhatian orang Cina. Ia ada hubung kait dengan masalah lain. Seperti mana kata seorang politician Cina, pengundi Cina beralih kepada BN kerana bosan dengan apa yang berlaku dalam parti pembangkang.

Perpecahan dalam parti agama (Pas) sehingga muncul parti Amanah menyebabkan pengundi Cina keliru dan mereka bingung kalau pun tidak nanar. Mereka mungkin juga jeluak memikirkan cara orang Melayu bermain politik menggunakan agama sebagai modal mengkafirkan sesama sendiri. Perpecahan dan perbalahan itu boleh menyebabkan mereka lari kepada BN sebagai memberi peringatan agar pembangkang kembali bersatu.

Dari sudut lain, perubahan pengundi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu ada kena mengena dengan cara orang Cina bermain politik. Seperti juga peralihan besar undi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari. Mereka tidak bersemangat untuk kekal mengundi pembangkang, kerana mereka menyedari pilihan raya negeri Sarawak itu tidak akan membawa perubahan total, melihatkan kerajaan Persekutuan.

Jadi untuk apa mereka susah-susah sokong DAP, atau oposisi, apa lagi dengan memberi sokongan kepada DAP (pembangkang) menyebabkan mereka akan dicop sebagai pembangkang yang akan ditindas dan diskriminasi dalam Kerajaan Tempatan. Buat sementara waktu maka mereka memberi sokongan kepada parti memerintah BN, dengan cara itu mereka akan mendapat manfaat dan imbuhan semasa dan mengelakkan ditindas.

Demikian dengan perubahan undi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu. Mereka sedar pilihan raya semalam tidak menganggu dan menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh DAP dan PKR waktu ini. Sebaliknya kalau pilihan raya semalam berlaku di peringkat DUN, di mana kalah menangnya memberi kesan kepada kerajaan negeri, peralihan undi itu mungkin tidak berlaku.

Di sinilah saya selalu katakan orang Cina bijak bermain politik. Mereka selalu bijak dan mendapat untung kiri dan kanan. Sudah pasti dengan kemenangan dianggap besar oleh BN di Sungai Besar itu, habuah akan diterima oleh Cina di Sekinchan. Najib Razak seperti mana dijanjikan dalam ucapan merai kemenangan BN semalam akan meluluskan apa sahaja projek munasabah yang dipohonkan. Apakah orang Cina tidak akan menerima tempias itu?

Orang Melayu belajarlah berpolitik dengan bangsa yang lebih awal tamadun ini dan mempunyai benua terbesar di Asia Tenggara itu. Mereka bersatu dan senada dalam mengangkat martabat mereka, tidak seperti Melayu saling hina menghina sesama sendiri sehingga lupa kepada sejarah peribadi. Gunalah sampuo dalam berpolitik.

Makanya peralihan undi Cina di Sekinchan dan juga di Kuala Kangsar itu ia tidak bersifat kekal. Ia hanya semantara sahaja dan menyerlahkan macam mana kepintran orang Cina mengeksploitasikan politik untuk kepentingan mereka. Saya yakin polisi-polisi baru diperkenalkan oleh kerajaan Najib, termasuk cukai GST, dan aksi politik penghinaan melampau kepada parti teras alternatif mereka, DAP terutama cara memburuk-burukan kerajaan Pulau Pinang menyebabkan orang Cina menyimpan dendam kepada BN dan Najib.

Saya yakin DAP sendiri tidak begitu bimbang dengan pola pengundi di kalangan orang Cina semalam. Dan kalau mereka bersungut menzahirkan kebimbangan dan kekesalan, itu hanya desah politik yang penuh makna agar ianya tidak nampak menyusun agenda lain disebalik apa yang nyata. Walhau'alam.

Abu Sayyaf marah, wang tebusan tidak sampai sepenuhnya

abu-sayyaf-1
FMT Reporters
MANILA: Militan Abu Sayyaf dilaporkan marah apabila wang yang dikumpul daripada keluarga dan rakan-rakan daripada empat tebusan Malaysia yang diculik pada April tahun ini tidak sampai kepada mereka.

Mereka dikatakan kecewa selepas mendapati daripada wang tebusan sebanyak P130 juta (RM12 juta) yang dikumpul, hanya P100 juta sampai ke tangan mereka.

Menurut laporan The Manila Times, jumlah wang yang hilang menimbulkan syak bahawa pihak pemberontak mungkin bersekongkol dengan pihak berkuasa dari Malaysia dan Filipina yang telah berkongsi wang selebihnya itu di antara mereka.

Laporan itu turut memetik ‘dua pegawai kerajaan Filipina kanan yang ditugaskan’, diikuti laporan bahawa pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, The New Straits Times melaporkan Zahid sebagai berkata, RM12 juta yang diperoleh oleh keluarga mangsa itu telah diserahkan kepada bahagian Cawangan Khas dan disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang sah (NGO) di Filipina.

Beliau juga menafikan wang itu dibayar sebagai wang tebusan dan pihak polis Malaysia juga menyatakan Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa pembayaran wang tebusan.

Sejurus selepas urusan pembayaran dilakukan, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34 telah dibebaskan.

Keempat-empat mereka diculik di perairan Sabah pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan sebuah bot laju.

Mereka dibebaskan di Jolo, Sulu, pada 7 Jun selepas rundingan tempoh panjang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub-komander Apo Mike.

“Kami mendapat maklumat kumpulan Abu Sayyaf tidak berpuas hati (marah) setelah mendapat tahu dari laporan berita bahawa wang itu sebenarnya RM12 juta, bersamaan dengan P130 juta tetapi yang diterima hanya P100 juta,” kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan kepada The Manila Times.

“Persoalannya sekarang, di mana wang itu hilang hilang?” tanya sumber.

Laporan itu juga mendedahkan khabar angin bahawa wang yang telah melalui Cawangan Khas Polis Malaysia dan pegawai-pegawai tempatan di Sulu sebelum sampai ke kumpulan Abu Sayyaf.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media baru-baru ini menafikannya.

“Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.

“Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik,” kata beliau.

Petik laporan itu lagi, daripada maklumat yang dikumpul, seorang pegawai kerajaan tempatan Sulu terlibat dalam rundingan. Umumnya kerajaan Malaysia membayar P30 juta sebagai wang tebusan bagi beberapa kes culik pada masa lampau. Namun, jumlah P130 juta adalah yang paling tinggi setakat ini.

Sumber The Manila Times juga percaya dengan dakwaan Jolo Mayor Hussin Amin bahawa beberapa pegawai tempatan, kemungkinan termasuk tentera telah bersubahat dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden pancung warga Kanada, Robert Hall.

Abu Sayyaf masih menyimpan beberapa tebusan asing dan tempatan, termasuk teman wanita Hall Maritess Flor dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad.

Remaja kerat kaki warga emas direman 7 hari

reman
PASIR MAS: Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman bagi siasatan cuba membunuh seorang warga emas yang dikerat kakinya dalam kejadian samun semalam.

Majistret Mohd Izuddin Shukri yang membenarkan permohonan itu berkata tahanan reman bermula hari ini.

Semalam, seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak seorang remaja lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek dilaporkan menceroboh rumah wanita berkenaan dan meminta wang.

Suspek bagaimanapun mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.
-Bernama