"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Lebih 164,000 kematian setakat 20 April


Ambulans membawa pesakit Covid-19 tiba di hospital baru di tempat acara OGR (Officine Grandi Riparazioni) di Turin, Itali yang sebelum ini sering digunakan bagi acara konsert atau kesenian. – Gambar EPA, 20 April 2020.

JUMLAH kematian di seluruh dunia akibat pandemik koronavirus meningkat 164,016 pada Ahad, menurut jumlah sumber rasmi yang dikumpulkan oleh AFP pada 1900 GMT.

Lebih 2,363,210 kes yang dilaporkan di 193 negara dan wilayah sejak wabak ini pertama kali muncul di China pada Disember.

Daripada kes terseut, sekurang-kurangnya 525,200 kini dianggap pulih.

Data yang dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Banyak negara hanya menguji kes yang paling serius.

Di Amerika Syarikat (AS), negara paling teruk terjejas, jumlah kematian adalah 40,585 dengan 742,442 jangkitan. Sekurang-kurangnya 67,052 pesakit sembuh.

Itali adalah negara seterusnya yang paling terjejas dengan 23,660 kematian dan 178,972 disahkan dijangkiti.

Ia diikuti oleh Sepanyol dengan 20,453 kematian dan 195,944 jangkitan disahkan, Perancis dengan 19,718 kematian dan 152,894 jangkitan dan Britain dengan 16.060 kematian dan 120,067 kes.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini mengisytiharkan 4,632 kematian dan 82,735 kes.

Eropah melaporkan 1,170,258 kes dan 103,255 kematian setakat ini; AS dan Kanada 775,825 kes dengan 42,114 kematian; Asia 163,800 kes dengan 6,971 kematian; Timur Tengah 125,213 kes dengan 5,571 kematian; Amerika Latin dan Caribbean 98,620 kes dengan 4,924 kematian; Afrika 21,615 kes dengan 1,091 kematian; dan Oceania 7,879 kes dengan 90 kematian. – AFP, 20 April, 2020.

RAKYAT MAHU LIHAT ADA HUKUMAN TERHADAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

Shahbudin Husin
Daripada sekian nama pemimpin kerajaan yang dikesan melanggar pernah arahan PKP dan menjadi viral di media sosial, perlakuan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Nor Azmi Ghazali didapati paling mendapat kecaman dan tidak boleh diterima sama sekali.

Ini kerana dalam mendepani wabak Covid-19 yang setakat ini telah meragut 88 nyawa, ia adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk menanganinya.

Untuk itu, memang tidak masuk akal, malah memalukan apabila Timbalan Menteri Kesihatan sendiri didapati melanggar arahan PKP dengan makan kenduri beramai-ramai secara terbuka yang turut dihadiri oleh seorang Exco Perak di Lenggong.

Apalagi, setiap hari dalam sidang media, sama ada oleh Menteri Kanan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, Ismail Sabri Yaakob atau Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, kedua-duanya tidak lupa mengingatkan orangramai agar mematuhi arahan PKP dengan duduk di rumah dan tidak berkumpul di tempat terbuka secara beramai-ramai.

Maka, perlakuan Dr. Nor Azmi itu bukan saja tidak dapat diterima, malah mendapat kecaman yang merata daripada semua pihak, tak kita sama ada mereka yang pro kerajaan mahu pun pembangkang.

Berikutan sudah ada laporan polis dibuat terhadap beliau dan pihak polis juga mengatakan akan memanggilnya untuk memberi keterangan, harapan ramai hanya satu iaitu mesti ada keadilan serta tidak wujud undang-undang yang berbeza antara VIP dan rakyat biasa.

Kesalahan yang dilakukan Dr. Nor Azmi adalah jelas dan nyata, untuk itu hukuman yang sewajarnya mesti dikenakan terhadapnya.

Tidak harus ada alasan atau kata maaf untuk diterima daripadanya, tambahan lagi PKP yang sedang dikuatkuasakan sekarang sudah memasuki fasa yang ketiga.

Tiada sebab lagi untuk sesiapa memberi alasan tidak mengetahui mengenai pematuhan terhadap PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Lebih daripada itu, sepanjang tempoh PKP ini, kita turut menyaksikan bagaimana sudah ramai rakyat biasa ditangkap, dihukum penjara dan denda kerana melakukan kesalahan seperti bersolat di masjid, bermain golf, memancing ikan, berjogging, berkaraoke di halaman rumah sendiri, bermain badminton, berkenduri dan pelbagai bentuk keengkaran yang lain.

Semua mereka ditangkap, direman, dibawa ke mahkamah dan akhirnya dijatuhkan hukuman tanpa kompromi.

Lalu, apa salahnya berikutan kesalahannya sudah nyata, seorang timbalan menteri ditangkap, dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara?

Tambahan lagi, untuk Dr. Nor Azmi meniru perlakuan pemimpin di negara maju yang cepat-cepat mengakui kesalahan kerana melanggar PKP dan seterusnya meletakkan jawatan mungkin jauh panggang daripada api, hanya ketegasan pihak berkuasa yang tidak berkompromi dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah satu-satu jawapannya.

Rakyat pasti gembira jika kerajaan benar-benar membuktikan tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang. (ShahbudinHusin 18/04/2020)

Siapa sebenarnya pencetus kluster Tabligh?

ADAM MUKHRIZ MOHD MUHAYEDDIN
Menteri Kesihatan berkata “Ini semua salah kerajaan terdahulu (PH) kerana tak contain (kawal) kluster Tabligh”

Menteri ni pun tergolong dalam cluster bengap bersama mereka yang duk salahkan PH kenapa tak tutup sempadan dan halau pelancong China.

Mari kita tengok kronologi :

16 Januari 2020 : Masjid Sri Petaling mohon kebenaran Polis

25 Januari 2020 : Kes pertama Coronavirus di Malaysia dicatatkan dari pelancong dari Wuhan, China

27 Januari 2020 : Malaysia tutup sempadan untuk pelancong dari Wuhan/Hubei China

9 Februari 2020 : Malaysia tutup sempadan untuk dua lagi wilayah Zhejiang dan Jiangsu China

12 Februari 2020 : Polis jawab tiada halangan – Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang kini PM8.

23 Februari 2020 : Langkah Sheraton – Semua pemimpin kerajaan harini berkumpul di Sheraton Hotel PJ

24 Februari 2020 : Tun Mahathir letak jawatan, kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Tweet terakhir Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly mengatakan hanya tinggal dua pesakit yang masih dirawat.

Tiada kes baharu dicatatkan selama 12 hari

27 Februari 2020 – 1 Mac 2020 : Perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling melibatkan penyertaan 5000 orang dari beberapa negara.

Punca dikatakan oleh seorang lelaki warganegara Malaysia yang ke Korea.

Mesti ada cluster bengap kata kenapa tak sekat pelancong Korea kan? Or orang kita keluar nrgara kan?

1 Mac 2020 : PM 8 angkat sumpah

9 Mac 2020 : KKM dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei mengenai satu kes yang ada sejarah ke perhimpunan tabligh di Malaysia.

10 Mac 2020 : Majlis Angkat Sumpah Kabinet

*** 14 Mac 2020 : PM main golf

You want to play a blame game? Boleh je