"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta

Mohd Sayuti Omar

SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesional khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.

Ahli parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama
Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.

Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.

Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saja usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari
Datuk I menyebabkan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.

Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.

Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.

Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.

Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.

Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama diberitahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi.

http://msomelayu.blogspot.com/

Ahmad Awang: Ada 'nur' pada Mohsin

Sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadapnya telah mula menampakkan sedikit “cahaya perubahan”.

"Pengumuman beliau (setakat ini) tidak menyertai mana-mana parti dan tidak mahu menyertai Umno, saya rasa ada kelihatan sedikit cahaya (perubahan). Kita berharap-harap dia sedang berfikir," kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri).

Ahmad diminta mengulas majlis solat hajat terhadap Mohsin - yang didakwa mengkhianati perjuangan - yang dianjurkannya di beberapa masjid dan surau sejak Sabtu lalu, yang memasuki malam terakhir hari ini.

Beliau juga sebelum inimemberikan tempohtujuh hari untuk wakil rakyat itu mengosongkan kerusi parlimen tersebut. Bagaimanapun, selepas tamat tarikh akhir tersebut, Mohsin (kanan) terus 'hilang' kerana “bimbangkan keselamatan” dirinya.

Bercakap dengan
Malaysiakini petang ini, Ahmad berharap Mohsin dapat bertemu dengan pengundi dan meyakinkan mereka berhubung tindakannya keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

"Kalau beliau tidak beri penjelasan maka bertambah susah untuk beliau berkhidmat kepada rakyat. Jika tidak turun dan berhadapan dengan rakyat, (sudah tentu) beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau. Itu lagi berat," katanya.

Mengulas mengenai majlis solat hajat pada malam ini, Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS berkata ia dijadualkan berlangsung di Masjid Tinggi di Kampung Masjid Tinggi, dalam kawasan Bagan Serai.

Katany
a, majlis tersebut akan diimami oleh seorang pemimpin PAS Bagan Serai, Abdul Halim Taib, selepas solat Isyak malam ini.

Sebelum ini sembahyang sunat itu dilaporkan telah diadakan di
pelbagai tempat, termasuk Balai Kuliah Tasawwur Islam, di Semanggol, diikuti di markas dan surau-surau dalam kawasan parlimen Bagan Serai.

Ahmad menambah, lebih kurang 10 buah surau termasuk masjid di Bagan Serai yang telah terlibat, melibatkan sekurang-kurangnya seribu orang. Solat itu juga, tambahnya, dilakukan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Jadi tiap-tiap hari (sejak Sabtu lalu) saya buat sembahyang hajat. Jadi tidak putus (berhenti). Jadi kalau dikumpulkan semuanya, tidak kurang daripada 1,000 jemaah," katanya.
-malaysiakini-

SPN nafi lantik 2 pegawai kanan Sultan Kelantan

Mohd Zuharman

KOTA BARU, 19 Mac: Istana Kelantan dilihat berhadapan dengan isu baru dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) hari ini mengesahkan jawatan Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan yang kosong masih belum diisi.

“Memang benar bahawa kuasa melantik Setiausaha Sulit kepada Sultan dan juga Ketua Istiadat adalah di bawah kuasa pejabat SPN.

“Tapi setakat ini SPN tidak pernah melantik sesiapa pun untuk memegang kedua-dua jawatan itu.

“Jawatan itu kosong pada masa kini,” kata Pengerusi SPN Datuk Ismail Md Noor pada sidang media di Istana Balai Besar dekat sini, petang tadi.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia muka depan hari menyiarkan gambar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra menerima menghadap Ketua Istiadat Diraja, Datuk Tengku Shahbuddin Tengku Muhammad Maasun dan Setiausaha Sulit Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Tengku Mahkota, Kubang Kerian.

Jawatan Setiausaha Sulit Diraja sebelum ini disandang Engku Rejhan Engku Ismail, yang telah ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tahun lalu.

Wan Hashim adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri manakala Tengku Shahbuddin bekas Ketua Istiada Diraja yang telah tamat perkhidmatannya Ogos lalu.

Dalam pada itu, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad membuat laporan polis terhadap tiga perkara yang dianggapnya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai.

Perkara tersebut adalah penggunaan kepala surat pejabat sultan yang telah diguna tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa, individu yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan blog Kickdefella yang menulis perkara berkaitan istana, yang dianggap mengelirukan.

“Kepala surat Pejabat Sultan ini sebenarnya tidak boleh digunakan tanpa mendapat kebenaran saya ataupun Pemangku Raja.

“Jadi bila saya dapati perkara sebaliknya berlaku maka saya terpaksa membuat laporan polis supaya ia disiasat bagaimana kepala surat ini boleh diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya semasa ditemui di pekarangan Balai Polis Kota Baru hari ini sejurus selesai membuat laporan tersebut.

Semalam satu kenyataan akhbar berhubung pembatalan perayaan dan penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari keputeraan Sultan Kelantan yang ke-60 pada 30 Mac ini dikeluarkan dengan mengguna kepala surat tersebut dan ditandatangani Wan Hashim.

“Tentang Setiausaha Sulit Tuanku ini pula sebenarnya, tiada sebarang dokumen berkaitan yang menyatakan pelantikan (Setiausaha Sulit) telah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri selepas jawatan itu kosong sejak beberapa bulan lalu kerana Setiausaha Sulit dulu ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Mengikut perjawatan, jawatan Setiausaha Sulit Sultan adalah daripada seorang pegawai pentadbir negeri yang grednya N48.

“Berkenaan dengan blog Kikdefella pula kerana belia menulis perkara yang ada kaitan dengan istana di mana ia agak mengelirukan,” jelasnya.

Kickdefella melalui tulisannya yang bertajuk “Usaha Menabalkan Sultan Kelantan Yang Baru Dalam Proses” yang dimuatkan kelmarin menulis bahawa Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Datuk Shukri Mohamed berkata: “Jika Pemangku Raja (Tengku Mahkota Kelantan) mahu menjadi Sultan, esok pun boleh!”

Selain itu beliau menyebut antara lain Shukri berkata apa yang boleh dirancang untuk menurunkan Sultan Kelantan dari takhta ialah dengan, “meminda Undang-Undang Tubuh Negeri, memanggil satu sidang Dewan Undangan Negeri dan dengan kekuatan 39 orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS berbanding enam Ahli Dewan Undangan Negeri BN, bila-bila masa sahaja undi dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri boleh dilakukan.”

“Lantaran itu esok Tengku Mahkota boleh menjadi Sultan Kelantan.”

Halim yang ditemani dua pegawainya tiba di balai polis Kota Baru kira-kira pukul 12 tengah hari ini dan selesai membuat laporan tersebut kira-kira sejam kemudian.

-malaysianinsider-