"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: 150 kes baru, 5 lagi meninggal dunia, hampir separuh sembuh

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,478.

Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 150 kes baru positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kepasa 4,987 kes, kata Abdullah.

Beliau juga memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban kepada 82.

Seramai 2,427 pesakit Covid-19 masih menjalani rawatan, katanya lagi.

Daripada jumlah itu, seramai 60 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang enam berbanding semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang tiga berbanding semalam.

Jumlah ahli Parlimen, ATM bimbang: Tuduhan Hadi tidak benar

AKMAL MANAF
Dakwaan Presiden Pas kononnya ahli Parlimen Muslim sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang tidak mencapai majoriti di Dewan Rakyat, dilihat sangat mengelirukan.

Menyangkal tuduhan itu, Biro Politik Parti Amanah Negara (AMANAH) menjelaskan bahawa, ahli parlimen Malaysia yang beragama Islam berjumlah 140 orang berbanding 82 bukan Islam.

“Ia membentuk 63 peratus iaitu satu jumlah yang majoriti. Selain itu, seramai 13 orang ahli parlimen Umno beragama Islam telah keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ia sekali gus menjadikan jumlah ahli parlimen yang beragama Islam dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum kejatuhan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir, adalah melebihi jumlah ahli parlimen bukan Islam, iaitu 73 orang berbanding ahli parlimen bukan Islam iaitu seramai 64 orang sahaja,” katanya.

Walaupun begitu, Biro Politik AMANAH berkata, beberapa keputusan besar kerajaan yang perlu melibatkan kelulusan Parlimen, maka undian akan dilakukan oleh kesemua ahli ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang pastinya 63 peratusnya beragama Islam.

“Justeru, dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ahli Parlimen Muslim minoriti, adalah tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Biro Politik AMANAH turut menyifatkan dakwaan Abdul Hadi kononnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bimbang dengan kemasukan bukan Muslim dan Muslim liberal ke dalam kerajaan baru sebagai tidak bertanggungjawab.

Abdul Hadi Awang mendakwa, pihak berkuasa khuatir dengan kemasukan tersebut yang dilihat sebagai cubaan untuk melemahkan kedudukan Islam dan juga golongan Bumiputera.

Mengulas antara fitnah yang terkandung dalam surat kepada gerakan Islam bertarikh 22 Mac itu, Biro Politik AMANAH menegaskan sebarang kebimbangan yang wujud hanya dicetuskan oleh Pas dan Umno yang membuat dakwaan tidak benar.

“Membuat dakwaan tidak benar dengan menuduh pihak lain khususnya dalam kerajaan yang beragama Islam, sebagai kurang keislaman atau sesat dengan gelaran liberal dan gelaran buruk yang lain.

“Kebimbangan hanya dicetuskan oleh Pas dan Umno bagi memburukkan kerajaan,” kata biro parti itu lagi.

Semalam, Biro Politik AMANAH mengeluarkan 21 hujah menjawab segala tuduhan Abdul Hadi itu selepas lebih seminggu Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri tersebut menafikan surat berisi fitnah berkenaan.

Antara Bang Mat dan Nicole

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
Setahu saya, hampir tidak ada markas parti itu, kecil atau besar yang tiada “air liur” Bang Mat di situ. Teringat saja nak buat markas, teringatlah duit. Teringat duit, teringatlah Bang Mat.

Kalau ulama parti itu dijemput pun, Bang Mat kena ada. Sebab orang ramai nak rasa percikan air liur Bang Mat walaupun sebelumnya ada percikan air liur ulama. Air liur Bang Mat ibarat jampi untuk tarik duit dari poket orang parti itu masuk ke kantung.

Kantung itu diusung daripada pendengar paling depan sampai pendengar yang duduk atas motor di seberang sungai dalam kelam. Sambil hembus asap rokok daun, poket diseluk dan masuklah seringgit dua dalam kantung parti itu. Itulah sihir air liur Bang Mat.

Lebai kulup yang baru masuk parti itu kelmarin dulu balik sana tidak tahu cerita ini. Mereka masuk parti itu ketika senang, bukan ketika ulama parti itu menumpang tuah air liur Bang Mat.

Itu dulu. Tapi kini Bang Mat sudah tidak bernilai sekupang selepas tidak bersama parti itu. Bang Mat dan geng dia bukan sekadar tidak pernah dihargai, tapi dihalaldarahkan dan dinerakakan. Jika boleh, nama Bang Mat pun mereka tidak mahu sebut lagi. Air liur yang terpercik ke markas pun mereka nak cuci dengan clorox.

Bang Mat setakat yang saya tahu bukanlah jenis manusia yg suka dilambung-lambung. Dia tidak kisah pun kalau dia tidak dihargai atau air liurnya itu tidak dinilai. Baginya cukuplah sejarah menghargai jasanya. Rakaman sejarah sukar dibohongi.

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) merakamkan jasa air liur Bang Mat ini dalam tesis sarjananya tentang sosok ini. Kalau tidak silap saya sebulan sebelum parti AMANAH tertubuh, perakam jasa Bang Mat menyerahkan senaskhah dokumen itu kepada Bang Mat.

Kenapa sebegitu kelam sekali wajah Bang Mat pada pandangan lebai parti itu? Satu saja sebabnya, Bang Mat keluar parti itu selanjutnya lawan parti itu. Bukan kerana Bang Mat keluar agama atau hina agama tetapi kerana Bang Mat lawan parti itu.

Bang Mat seorang Muslim yang baik. Saya pernah bermusafir dengan dia. Bang Mat bukan jenis orang huha huha sana-sini. Aku solat sebagai makmum dia, makan sehidang dengan dia. Kalau bersembang, dia mesti akan sembang hal ehwal umat Islam sedunia.

Kini, pada mata lebai parti itu, jangankan mahu dikata Bang Mat berjiwa besar seperti kata mereka kepada ketua pemuda parti kawan mereka itu, kalau boleh kelibat Bang Mat pun mereka tidak mahu tengok.

Mula-mula ketua pemuda parti yang jadi kawan kepada parti itu kata muslimah Kelantan itu tidak layak jadi timbalan menteri. Tidak layak, not fit. Saya tidak boleh bayang kalau yang kata tidak layak kepada muslimah tu adalah orang bukan parti kawan kepada parti itu.

Lepas tu ketua pemuda itu minta maaf. Bukan setakat dimaafkan tetapi diberi bintang jiwa besar. Fuh, jiwa besar terus. Jiwa besar bang… bukan senang nak dapat bintang tu.

Ketika Bang Mat dengan geng dia dapat bintang liberalis, sekularis, pragmatis, nerakawis, jirat cinawis, ketua pemuda itu dapat jiwa besarwis. Tapi begitulah parti itu. Sesiapa yg bersama mereka, sucilah orang itu. Siapa lawan mereka, jijiklah orang itu.

Untunglah kau Nicole. Kau sedang dicuci gilap, dipuja-puji oleh parti itu. Tapi saya cuma nak ingatkan kau satu perkara. Kau baca cerita Bang Mat di atas, dan kau ambillah pengajaran.

Mereka julang kau pada hari ini seperti mereka julang Bang Mat suatu ketika dahulu. Tapi ingat, sekali kau lawan mereka, macam Bang Mat buat, ketika itu baru kau kenal wajah sebenar parti itu dan pemimpinnya.

Kau tak percaya cakap aku? Kau buatlah macam Bang Mat, geng dia dan aku buat. Selamat mencuba!