"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KENAPA SIASATAN AUDIO LIBATKAN PM AMBIL MASA TERLALU LAMA?

Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral.

FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM. Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23.2.2020 sebelum kejatuhan PH.

Pada 23.7.2020, SPRM telah hantar laporan awal kepada Peguam Negara. Rakaman audio mirip suara PM itu menjanjikan jawatan untuk mereka yang menyertai BERSATU.

Jawatan yang disebut ialah Menteri atau GLC. https://www.malaysiakini.com/news/535745

Datuk Azam Baki kata, SPRM akan siasat dua perkara. Pertama keaslian rakaman dan kedua apakah yang dijanjikan itu satu kesalahan.

Dalam rakaman itu, suara mirip PM berkata:….

“dan kita bagi jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC”.

Cara melantik menteri menteri dari UMNO memang menimbulkan kontroversi. Ia sama sekali tidak dibincang dan tidak mengikut hiraki parti UMNO.

Maka perlantikan itu dilihat ada muslihat politik. Hingga ke hari ini terdapat seorang dua kluster Menteri bertindak macam jurucakap PPBM.

Sudah hampir setahun rakyat menunggu penjelasan SPRM dan PDRM mengenainya. Kenapa terlalu lama. Jangan senyap begitu sahaja.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

12 April 2021.

Lelaki terkejut melihat kelibat jiran yang sudah meninggal

KOSMO

Rakaman video yang menunjukkan ‘wanita’ tersebut sedang duduk di hadapan rumahnya. – Suara Bekaci

JAKARTA – Seorang lelaki terkejut apabila terlihat kelibat jirannya yang telah meninggal dunia sedang duduk di hadapan rumahnya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @makassar_info itu, lelaki tersebut merakam kelibat ‘wanita’ yang sebenarnya telah tujuh hari meninggal dunia.

‘Wanita’ tersebut bagaimanapun dilihat sedang memandang ke arah lain dan tidak menghiraukan lelaki yang sedang merakam dirinya.

Mulai berasa takut, lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri. 

Berdasarkan keterangan video, kejadian itu berlaku di Cianjur, Jawa Barat.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ada yang mempercayai kejadian itu namun ada juga yang ragu-ragu dan menganggap ia hanyalah satu rekaan.

“Macam menipu,” komen seorang netizen yang ragu-ragu dengan kesahihan video tersebut.

“Menakutkan. Adik saya juga pernah mengalami kejadian didatangi si mati sedangkan sudah dikebumikan pagi tadi. Katanya, jin pendamping itu yang menampakkan dirinya kerana roh orang itu sudah berada di alam lain,” tulis seorang lagi netizen. – Agensi 

Logo capal di kepala langgar fitrah insani, kata mufti

FAZLI RADZI

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang mengingatkan lakaran atau logo capal di kepala melanggar norma fitrah insani.

Beliau menegaskan kepala manusia adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.

“Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah insani.

“Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah,” lapor BH.

Syeikh Fadzil berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat, namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.

Jelasnya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.

“Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.

“Ini pula hanyalah sekadar lakaran dan logo dan ia tidaklah seperti tabarruk yang dilakukan oleh sahabat Baginda,” tambahnya lagi.