"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai : Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai

Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas.

Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan.

"Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau berkata pada bulan Jun ini mereka akan melancar kempen tersebut di kawasan Lembah Kelang pula.

Menurutnya sejak dilancarkan kempen tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun poskad tersebut dijual dengan harga seringgit sekeping.

"Kita akan teruskan misi kita dan akan memberi pemahaman kepada rakyat agar PPSMI dibatalkan," katanya.

Beliau berkata kempen itu bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dengan tanda tangan rakyat sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Tiada ulasan: