"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tutup Sempadan Gaza, Apa kaitan Dengan Malaysia?


 

BY Drs Rosdi Deraman

KITA lihat berita hari ini Selasa 26 Mei 2009Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Beliau menjelaskan dalam kenyataan yang disiarkan pada hari Isnin (25/5) oleh akhbar al-Quds al-‘Arabi bahawa sama sekali tidak boleh diberikan alasan bagi mana-mana regim Arab yang enggan membantu 2 juta rakyat Palestin dari kalangan penduduk Gaza. Beliau berkata: “Jika Allah SWT sudah memasukkan seorang perempuan ke dalam neraka kerana tindakannya mengurung seekor kucing, maka apakah agaknya balasan orang yang mengurung 2 juta penduduk yang disekat daripada memperoleh rawatan, makanan dan menuntut ilmu?”

Beliau menegaskan bahawa tidak ada alasan yang boleh diterima dalam hal ini. Seterusnya beliau berkata: “Orang-orang yang bercakap tentang menolak kemudaratan daripada diri sendiri tidak memahami bahawa kesempurnaan iman tidak akan berlaku kecuali apabila seseorang mengasihi saudaranya yang beriman sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Beliau seterusnya mempersoalkan: “Bolehkah seseorang warganegara menerima bahawa keluarganya sendiri hidup dalam keadaan ketakutan, kezaliman, penindasan dan kebuluran selama beberapa tahun?!” Beliau turut menolak alasan-alasan yang digunakan oleh sesetengah orang tentang keperluan dan kemestian untuk meruntuhkan terowong yang menghubungkan antara Rafah dan Semenanjung Gaza.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau itu, terutama bagi pemimpin-pemimpin di Malaysia, kita perlu memahami bahawa kesempurnaan iman tidak akan berlaku kecuali apabila seseorang mengasihi saudaranya yang beriman sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Ini juga termasuk kunci kekuatan ummah. Di Malaysia, kita perlu runtuhkan tembok atau terowong sempadan jurang kemiskinan rakyat, apa lagi jika dilihat dari sudut perkauman yang merugikan.. Semuanya itu ada kaitan dengan iman seseorang.
http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan: