"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perak : Harussani Pernah Bertugas Di Bukit Aman

Qardawi sokong, kesal Mufti berfatwa tanpa periksa
Johari Jaafar  

IPOH, 29 Mei (Hrkh) -Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa sedih dan kesal dengan kenyataan Mufti Perak Dato' Harussani yang mengeluarkan fatwa mengenai mogok lapar dan puasa sunat anjuran Pakaran Rakyat Negeri Perak tanpa terlebih dahulu mendapat maklumat yang sebenarnya.

Menurutnya program tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Perak, tetapi ianya telah ditohmah dengan berbagai putar belit yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media arus perdana.

"Saya sedih bila mufti tanpa tahu hujung pangkal mengeluarkan pandangan dan fatwanya, ini menyalahi peraturan dalam mengeluarkan fatwa, katanya dalam majlis taklimat di hadapan Pejabat PAS Perak semalam.

Sebagai seorang yang berilmu sewajarnya mufti tidak terus mengeluarkan pandangannya tanpa mendapat maklumat yang tepat dan sahih kerana kedudukan mufti amat dihormati oleh masyarakat Islam, tetapi apabila kenyataannya tidak berdasarkan matlumnat yang tepat menyebabkan pandangannya tidak dihormati.

Beliau turut mendedahkan Mufti Perak itu pernah bertugas di Bukit Aman sebelum berpindah ke Pulau Pinang dan menjawat jawatan di Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Beliau turut bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Perak yang meminta mufti Perak meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya.

"Beliau boleh bertanding di Kuala Kurau, Titi Serong, atau di parlimen Parit Buntar. Kalau di Bagan Serai saya boleh lawan dia," ujarnya.

Mogok lapar yang diadakan tidak mendatangkan mudarat kepada yang mengikutnya, orang Islam melakukan puasa pada awal bulan yang ada dalam hukum Islam dan mustahil mufti tidak mengetahuinya..

Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan PAS di seluruh Perak pada 28 Mei lalu mengadakan majlis berbuka di markaz.

Menurut beliau Yusuf Qardawi dalam blognya semasa meminta umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong orang Palestin yang dipenjara melakukan mogok lapar.

"Apa penting bukan berapa ramai yang ikut serta lebih penting publisiti media menyebabkan apa yang kita lakukan ini sampai kepada rakyat di seluruh dunia," katanya.

Beliau juga mendedahkan dalam majalah Melennium keluaran Mei, mufti menuduhnya punca kemelut politik di Perak.

"Saya dihubungi oleh penerbit majalah itu dan saya akan jawab kerana banyak fakta diberi palsu dan tidak betul," Katanya.

"Macam-macam benda haram di Perak termasuk mufti kata puasa sunat pun haram, pakaian hitam pun haram. Hendak bersalam pun haram di Perak ,"katanya.

Tiada ulasan: