"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan audit PKFZ diserah pada SPRM

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng hari ini menyerahkan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini ekoran kontroversi daya mjau dan kos pembangunan hab muatan dan pemindahan itu yang melambung sehingga RM4.6 bilion.

Sambil menjelaskan bahawa beliau diarah oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengemukakan salinan laporan itu kepada SPRM, Lee berkata LPK akan memberi kerjasama penuh jika SPRM menjalankan siasatan.

Katanya laporan audit itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara, lapor Bernama.

Mengenai tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan itu, Lee berkata ia bergantung kepada siasatan SPRM.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: