"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki berusia 20 tahun ditahan cuba rekrut murid Tahun 6 sertai kumpulan samseng

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelak dipercayai menjadi dalang merekrut remaja menyertai kumpulan samseng selepas berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan murid Tahun 6 di sebuah sekolah di Seremban, baru-baru ini.

Ketua Polis Seremban Azahar Abdul Rahim berkata pergaduhan yang berlaku pada 12 Mac itu dipercayai akibat perselisihan faham tetapi siasatan polis mendapati ada unsur gengsterisme.

Katanya, siasatan awal mendapati ada pihak luar yang tidak bertanggungjawab cuba mempengaruhi pelajar terbabit untuk menyertai kumpulan samseng, lapor Berita Harian.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di di Garden Homes, Seremban pada Selasa lalu dipercayai menjadi dalang merekrut remaja menyertai kumpulan berkenaan.

Katanya, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah direman tiga hari bermula Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 45 Akta Pertubuhan 1966.

“Setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan pihak polis dalam tindakan mengenal pasti individu yang terbabit untuk direkodkan keterangan.

“Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 45 Akta Pertubuhan 1966 bagi tujuan siasatan yang lebih mendalam dan sebagai tindakan pencegahan supaya isu ini tidak menular kepada masyarakat khususnya membabitkan murid sekolah,” ujarnya.

Tiada ulasan: