"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Limbang & Blok Minyak Diseleweng, Rakyat Disaran Ikuti Media Alternatif

Penguasaan Umno Barisan Nasional ke atas media arus perdana menghalang maklumat tepat disalur kepada orang ramai mengenai isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas cara pimpinan Umno yang sewenang-wenangnya memberi tanah Malaysia kepada Brunei tanpa sebarang justifikasi sedangkan banyak cara lain boleh dibuat.

Beliau menyatakan isu Limbang langsung tidak disentuh dalam perbincangan kerajaan Malaysia dengan Brunei yang kemudian membawa kepada penyerahan dua blok minyak yang boleh menjana pendapat puluhan billion ringgit.

Anwar berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada ceramah Yahudi dan Judi di Stadium Selayang.

Beliau kesal kerana Menteri Luar Negara, Datuk Anifah Aman menipu rakyat dengan mengatakan Brunei menggugur tuntutan ke atas Limbang kerana ia bertentangan dengan kenyataan rakan sejawatnya.

"Apakah saya mahu bermusuh dengan Brunei? Tak. Brunei negara sahabat. Kalau dah berselisih, bertelingkah. Rujuk Mahkamah Antarabangsa. Kalau tak selesai, runding

"Kalau kawasan tu betul-betul jadi pertikaian, bukan serah begitu saja. Menteri Luar semalam di Parlimen mengatakan kerana kita serah telaga minyak, maka Brunei pun tutup kes. Dia tak mintak balik Limbang.

"Tapi bila saya baca surat menteri luar Brunei mengatakan Limbang tidak dibincangkan. Ada keluar suratkhabar? Tak, kerana Umno punya. Ada Keluar TV? Tak. Sebab Umno punya. Akhirnya orang tertipu," kata Anwar pada ceramah di Stadium Selayang.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini menyeru hadirin mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada media Alternatif milik Pakatan Rakyat supaya tidak terus diperbodoh-bodohkan.

"Saudara fikir baca Harakah, Baca Suara Keadilan atau Rocket untuk dapatkan penjelasan. Tengok TV Selangor untuk dapatkan penjelasan. kalau tidak selamanyalah, dulu sekarang dan selamanya kita diperbodohkan," tegasnya.

Tiada ulasan: