"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS usul tubuh dewan muslimat Muda

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh berkata sayap Muslimat akan mengutarakan usul bagi penubuhan Dewan Muslimat Muda PAS untuk mencari pelapis muda.

"Namun kita serah kepada perwakilan untuk memperincikan usul ini dan bagaimana ia akan dibentangkan.

"Selepas usul ini diutarakan di dalam muktamar Muslimat, perkara berkenaan akan dibawa ke dalam muktamar penuh yang akan bermula esok," katanya kepada media selepas berucap pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-50 di Kota Bharu hari ini.

-Bernama-

Tiada ulasan: