"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden raikan perwakilan asing dan media

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 11 Jun:
Selepas seharian membuat liputan untuk muktamar ketiga-tiga dewan iaitu Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak, para petugas media diraikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di majlis makan malam di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Turut diraikan adalah wakil dari rakan-rakan PAS dari luar negara iaitu dari Hizbollah Lubnan, Menteri Maldiev, Penasihat Bangsa Moro Filipina dan Hamas. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut sama makan bersama petugas media.

Presiden Abdul Hadi Awang berkata PAS sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada seluruh media cetak dan elektronik walaupun ada sesetengah media sering melaporkan perkara yang negatif maupun berunsur fitnah terhadap PAS.

"Kita amat berpengalaman dalam hal berkaitan dengan media, PAS sudah masak dengan keadaan susah senang semasa menghadapi pilihanraya, ketika itu ada media yang menyerang PAS, namun itu semua dapat ditangani dengan baik dan adil,"ujar beliau lagi.

Abdul Hadi juga berharap hubungan antara media dengan PAS akan sentiasa berada dalam keadaan mesra dan petugas media boleh mendampingi pemimpin PAS tanpa protokol dan ini bagi memberi keselesaan kepada semua.

Lebih 50 wakil media cetak dan elektronik serta laman web menyertai majlis ini.

Tiada ulasan: