"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bimbang rakyat hanya ada geran, bukan tanah

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 10 Jun:
"Kita bimbang satu hari nanti, rakyat negara kita hanya akan mempunyai geran tanah sahaja bukannya tanah,” kata perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu.

Ini, katanya kerana semakin banyak tanah akan menjadi milik rakyat negara luar dan ia juga boleh dilihat dalam pembangunan Bandar Baru Iskandar Johor.

“Yang mana rakyat negara ini tidak akan mampu membeli bangunan yang berharga ratusan ribu ringgit dan rakyat negara luar dapat memilikinya," ujar beliau lagi pada Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51.

Beliau menyatakan demikian berhubung isu penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura.

Mengenai pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group, katanya ia merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.

Malah, katanya pihak Mmno BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.

Mohd Alias juga berkata, Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.

Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, beliau berkata sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyak L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.

Tiada ulasan: