"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Helah Pemimpin UMNO Takut Penyelewengan Dan Rasuah Terdedah

KUALA LUMPUR 21 OKT: Kenyataan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya hak keistimewaan kaum Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak dibahas secara terbuka adalah hanya untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemimpin Umno sendiri.

Najib Razak berkata demikian dalam ucapan perasmian Agong UMNO di PWTC hari ini.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menegaskan tidak ada pihak, termasuk DAP, mempertikaikan hak orang Melayu. Yang dibantah oleh gagasan pembangkang itu adalah amalan rasuah dan kronisme Umno yang memperkayakan segelintir kenalan pemerintah manakala sebilangan besar rakyat masih dicengkam kemiskinan dan sara hidup semakin tinggi.

Akibatnya saham bernilai 52 bilion ringgit yang diperuntukkan kepada orang Melayu dibolot oleh segelintir kroni Umno yang menggunakan Dasar ekonomi Baru untuk menghalalkan amalan mereka itu.

Dalam ucapannya kepada perwakilan Umno, Najib mengupas hubungan kaum di negara ini yang beliau akui semakin tercabar.

Menurut beliau, tidak ada pihak yang harus membahaskan hak dan keistimewaan untuk orang Melayu kerana selain perkenan Raja-raja Melayu, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah peruntukan itu. Perbahasan mengenai hak orang Melayu, kata Najib bakal mengundang kekacauan dan menyebabkan ketidakstabilan di Malaysia.

Malah Najib mendakwa perbahasan sedemikian akan membawa kepada kezaliman amat dahsyat. Dalam reaksi ini,Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nizar Jamaluddin yang dihubungi TV Selangor berkata ugutan yang dibuat oleh Najib Razak itu hanya untuk menutup ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno sendiri terhadap orang Melayu

"Saya rasa ini menunjukkan despratenya UMNO dan Najib sehingga tidak membenarkan dalam dunia tanpa batasan, dunia moden ini membenarkan perkara-perkara sedemikian dibincangkan (kontrak sosial),"

Tegas Nizar lagi,"kita bincang bukan untuk pertikai tapi bincang nak bagi orang faham,apa yang diucapkan dalam perhimpunan itu melambangkan ketakutan UMNO dan bimbang mereka terhadap rakyat akan tolak dalam pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan: