"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sisipan 20 tahun Kelantan dalam Harakah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Harakah edisi Jumaat ini bertambah 16 muka surat yang mengandungi sisipan khas sempena 20 tahun PAS memerintah Kelantan.


Menurut Pegawai Pemasaran Harakah, Mohd Suhaimi Embong, walaupun muka surat bertambah tetapi harganya tetap RM2 sahaja.


Katanya, sebanyak 30 ribu naskah sisipan khas telah diagihkan kepada orang ramai pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil Dun Galas di Gua Musang, malam tadi.


Justeru, katanya para pembaca boleh mendapatkan maklumat dan ulasan sepanjang 20 tahun Kerajaan PAS Kelantan di dalam Harakah edisi Jumaat ini.


Menurutnya, sebanyak 200 ribu naskah Harakah dicetak bagi tujuan itu.

Tiada ulasan: