"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SKMM semakin sasau kini giliran Malaysia Chronicle pula disiasat

KUALA LUMPUR, 23 Okt:- Selepas akhbar web portal, Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana berhubung laporan berita yang disiarkan semalam berkaitan perhimpunan Agung UMNO, penuliis blog berita Malaysia Chronicle, Wong Choon Mei pula memaklumkan bahawa beliau juga dikenakan tindakkan yang sama.

Choon Mei, yang menerbitkan blog berita bahasa Inggeris, dalam tulisannya berkata walaupun sudah acapkali beliau di'ganggu' oleh pihak berkuasa kerana berita-berita dan tulisan artikel di blognya, namun beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan 'kepantasan dan kerakusan' kerajaan UMNO BN bertindak terhadap pengkritik atau pembangkang.

Beliau menambah tindak-tanduk UMNO-BN terbabit mencerminkan betapa rendahnya kebejatan gabungan parti tersebut telah rebah.

"Tiada siapa yang tahu siapakah yang mengarahkan tindakan terhadap blog saya. Saya difahamkan SKMM juga menyiasat Malaysiakini tengahari tadi (semalam) dan juga Malaysian Insider sebelum itu," kata beliau dalam tulisan di blog beritanya.

Beliau seterusnya merumuskan memang banyak pihak yang berang terhadapnya dan mereka termasuk Perdana Menteri Najib Razak, Isterunya, Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga MCA.

Dengan nada sinis, Choon Mei menyindir SKMM dengan menyatakan bahawa apabila beliau bertandang ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi 25 Oktober ini , kemungkinan pegawai suruhanjaya terbabit akan menyoal siasat beliau berkaitan ucapan " mayat bergelimpangan', 'nyawa yang hilang', "pembasmian etnik" yang dilaungkan oleh Najib.

Semalam, akhbar portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider dilaporkan disiasat oleh SKMM berhubung ucapan pembukaan perhimpunan agung yang ke 61 parti berkenaan oleh presidennya, bertajuk "We must defend Putrajaya at all costs: Najib and PM moves to snuff out racial debates".

Pegawai SKMM, yang menjalankan siasatan, Mohd Syukri Jamaluddin telah berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama tengahari semalam dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk merekodkan kenyataan daripada Ketua Editornya, Steven Gan.

Menurutnya, Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malaysiakini dalam laporan beritanyanya melaporkan bahawa Mohd Syukri sebagai berkata beliau tidak tahu siapa yang membuat laporan terhadap akhbar portal berkenaan.

Dalam pada itu, Gan menyifatkan siasatan yang dijalankan oleh SKMM sebagai 'membuang masa' sambil berkata, " Ia sesuatu yang tidak masuk akal, SKMM menyiasat kedua-dua laporann berita yang disiarkan kerana ia adalah berasaskan ucapan Najib sendiri".

Tiada ulasan: