"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hujan Tidak Ganggu Pengundi Cina Dengar Ceramah Cikgu Mala

LABIS, 26 JAN: Hujan lebat di Pekan Labis semalam langsung tidak menganggu tumpuan kira-kira 500 orang penduduk kaum Cina mendengar penerangan daripada calon PAS Normala Sudirman dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Cikgu Mala dalam ucapannya turut optimis sokongan hebat masyarakat kaum Tiong Hua di kawasan tersebut berlandaskan matlamat  untuk menjamin masa depan anak bangsa mereka.

Tambahnya lagi, sokongan yang hebat daripada kaum Cina yang meliputi 38 peratus pengundi DUN Tenang menunjukkan mereka bersedia membuat perubahan pada hujung minggu ini.

"Ini membuktikan bahawa tuan puan khususnya pengundi DUN Tenang sedia untuk membuat perubahan pada 30 Januari 2011. Betul atau tidak tuan-tuan?" disahut ya oleh  masyarakat Cina yang hadir.

Respon yang amat positif daripada masyarakat Tiong Hua memberi harapan kepada parti PAS-Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihanraya kecil kali ini.

Normala akan menentang satu lawan satu dengan calon Umno-Barisan Nasional, Azahar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang dijadualkan berlangsung 30 Januari nanti.

Langkah mendekati kaum Cina di DUN Tenang diperhebat pada hari ke lima kempen pilihanaraya kecil apabila calon PAS-Pakatan Rakyat, Cikgu Mala ingin belajar bahasa Mandarin agar dapat bertutur dengan mereka.

Dalam sesi bertemu masyarakat di Pekan Labis malam semalam, beliau merasakan pentingnya untuk mengetahui bahasa Mandarin agar dapat berkomunikasi dengan masyarakat Cina di situ.

"Saya belajar banyak perkataan baru yang saya rasakan lebih akrab dengan diri sekalian.

"Saya akan sering belajar lagi supaya kita lebih akrab dan mesra antara satu sama lain," ujar beliau.
-tvsnews-

Tiada ulasan: