"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Benarkah rakan karib Rosmah beli kondo mewah USD31 juta?

KUALA LUMPUR: Seorang rakan kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu Taek Jho Low didakwa telah membeli sebuah kondominium mewah di New York dengan harga USD31 juta. Kondominium mewah itu terletak di Time Warner Centre, di mana belian tersebut adalah amaun tertinggi dalam urusan pembelian di penempatan mewah itu.
Sebuah portal berita melaporkan, ahli perniagaan berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu didakwa baru baru ini telah membeli sebuah kondominium serba mewah di New York dengan harga yang sangat tinggi dan mengundang rasa ingin tahu di kalangan ejen-ejen hartanah di sana.

Kebetulan pula, kondo mewah yang dibeli itu terletak cuma 10 minit berjalan kaki daripada tukang emas kesukaan Rosmah, Jacob&Co, di mana Rosmah didakwa membeli sebentuk cincin “cushion-cut” bernilai RM24.4 juta (USD8 juta), kata laporan itu.

Kata laporan itu, dalam kes Rosmah yang tidak begitu gemar bersenam dan suka dibawa dengan kereta, Jacob&Co yang terletak di 48, East 57th Street itu cuma tiga minit jauhnya dengan kereta limousine mewah.

Jho juga mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan beberapa pelaburan-pelaburan penting dan entiti-entiti kewangan, katanya.

Ini termasuklah projek kebanggaan Dato’ Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Berhad berjumlah RM15 bilion, Terengganu Investment Authority yang bernilai RM10 bilion, UBG yang merupakan bekas cabang perbankan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, dan firma minyak Timur Tengah PetroSaudi, kata laporan itu lagi.

Beberapa sumber dari industri kewangan, kertas kerja yang kompleks yang mengelilingi firma-firma ini pasti akan memberikan cara yang ideal untuk menyalurkan “wang haram” melalui rangkaian ini, kata laporan tersebut.

Pembelian itu mendapat liputan akhbar New York Post yang melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang suka berparti dan dikenali sebagai seorang yang membelanjakan wang seperti wang Monopoly itu telah membayar USD31 juta.

Sebuah perbadanan yang dikaitkan dengan Taek Jho Low yang pernah bergaul rapat dengan Lindsay Lohan, Megan Fox dan Paris Hilton- membeli kondominium mewah itu kira-kira dua minggu lalu, sumber memberitahu NY Post.

Sumber-sumber yang terlibat dalam urusniaga New York itu juga mengesahkan bahawa nama Low dikaitkan dengan entiti yang membeli kondominium mewah itu. Seorang jurucakap bagi Low tidak membalas panggilan apabila dihubungi untuk pengesahan.

Berharga lebih daripada USD 6,400 kaki persegi, rakyat New York masih tidak dapat mempercayai pada harga yang dibayar untuk kondominium itu.

Ia adalah yang paling mahal yang pernah dibayar untuk sebuah unit di 25 Columbus Circle. Unit yang berkenaan juga mempunyai latar belakang yang hebat penyanyi megastar Jay-Z pernah tinggal di situ.

NY Post melaporkan bahawa “ sekumpulan wanita Asia yang jelita diikuti oleh lelaki-lelaki berpakaian sut” melawat kondominium mewah itu yang terletak di tingkat 76 beberapa kali semasa rundingan itu berjalan.

Low sendiri melawat harta itu dua tahun lalu, apabila ia mula-mula diletakkan di pasaran untuk dijual.

Kondo sebesar 4825 kaki persegi yang dimiliki oleh Todd Wagner, yang mengasaskan Broadcast. com dengan pemilik Dallas Mavericks Mark Cuban.

Wagner membeli kondo itu untuk USD 27 juta pada tahun 2007 daripada pelabur hartanah Michael Hirtenstein, yang telah menyewa apartmen itu kepada Jay-Z.

Ini bukan kali pertama Low membeli harta bertrofi di Manhattan. Menurut NY Post, tahun lepas, Low membayar harga mencecah USD33 juta untuk kondo mewah yang pernah dimiliki oleh Donald Trump pada 1 Central Park West.

Sembilan bulan selepas Low membeli kondo tersebut, beliau menjualnya untuk hanrga USD30 juta, kerugian yang berjumlah USD3juta.

Sebelum beliau membeli kondo di West Central Park itu, Low membayar USD100,000 sebulan di Imperial Park, yang terletak di 56 West Street. Low juga membelanjakan USD50,000 sebulan untuk ahli-ahli rombongannya untuk tinggal di pangsapuri yang lain.

Pada masa yang sama, Low juga membelanjakan wang lebih daripada USD100,000 beberapa malam di tempat tempat terkenal untuk berparti di kota itu.

Tiada ulasan: