"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu Bikin Profesor Pun Pening !

Litmohd
http://1.bp.blogspot.com/-E-4Q1fQZ-bU/Tfbr87LlcMI/AAAAAAAAAT4/gMrnKZaPJlk/s320/tv-al-hijrah3.jpgBertarikh 14 September 2011, ketika pulang dari berjemaah isyak di masjid, penulis meluangkan masa menonton forum bertema “Nasionalisme, Patriotisme dan Islamisasi” oleh TV Hijrah. Sebagai penulis itulah sahaja antara program TV yang diminati.
Ia membariskan 2 orang tokoh akedemik dan seorang tokoh agama berkaliber iaitu dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sebagai audean, pastilah mengharapkan suatu resolusi dan konklusi yang konkrit serta menarik untuk dikongsi bersama di penghujung forum apalagi oleh suatu tajuk yang begitu besar dan penting.
Itulah tabiat pendengar malah ia sangat penting agar penonton atau pendengar berminat dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu forum atau wacana.

Pastinya bukan mudah bagi ketiga-tiga tokoh itu mencapai kata sepakat untuk memberikan satu resolusi yang konkrit dan adil kecuali jika mereka dapat pisahkan sepenuhnya diri dan pemikiran mereka dari belengu puak eksekutif yang menjadi majikan mereka.

Sebagai sebuah wacana ilmiah barangkali perlulah dijelaskan terlebih dahulu definasi atau tafsiran tajuk forum tersebut.

Jadi, sekurang-kurangnya bolehlah para penalist membuat kesimpulanan bahawa sebenarnya nasionalisme dan patriotisme itu tidaklah bertentangan dengan Islam atau apa-apa agama dan pegangan pun malah ia amat dituntut ke atas semua warganegara.

Malangnya tiada kupasan mendalam oleh ketiga-tiga tokoh tersebut tentang perkara pokok yang menjadi topik forum tersebut.

Sudah tentu forum tersebut diadakan pada masa yang begitu sesuai kerana dua hari lagi akan menyambut Hari Kemerdekaan dan 1 Malaysia.

Seperti yang dijangka perbahasan forum lebih tertumpu kepada kontroversi fakta sejarah perjuangan kemerdekaan tanahair yang didakwa telah diselewengkan oleh tokoh politik tertentu. Ketiga-tiga tokoh akedemik itu nampaknya bersetuju bahawa keributan dan polimik yang berlaku di seluruh negara sekarang ini adalah berpunca daripada tokoh politik yang mentafsirkan sejarah mengikut ideologi politik yang dianuti.

Rumusan gopoh ketiga-tiga panel bertaraf profesor itu benar-benar memeningkan kepala penonton. Amat tidak wajar mereka yang bertaraf profesor itu membuat konklusi sedemikian rupa kerana langsung tidak berpaksi kepada hujah yang kukuh.

Paksi mereka hanyalah sentimen yang dicipta oleh media massa semata-mata. Amat malang, apabila ada ulamak yang dikatakan tersohor mempercayai bulat-bulat laporan akhbar tanpa mengkaji dan menilai isi berita. Bukankah fitnah lebih merbahaya dari membunuh.

Laporan tersasar yang dibuat oleh Utusan Malaysia mendakwa Mat Sabu menyanjung komunis telah mengundang lebih seribu laporan polis dan ancanam keselamatan di tahap serius ke atas Mat Sabu.

Demikianlah otak orang Melayu di bawah kawalan Umno, sekejap lupa sekejap bersemangat. Orang Melayu Islam tidak perlu tunggu anut faham komunis untuk rosak iman dan Islam tapi sudah cukup dengan menganut faham sekular dan kebangsaan yang melampau sudah pun mencalarkan akidah mereka sekian lama.

Jika faktor politik seperti rumusan panel forum tersebut yang mengakibatkan ketegangan berkaitan interpretasi sejarah tanahair, maka media massa arus perdanalah yang menjadi punca kerana telah mempolitikkan ucapan Mat Sabu sejak awal lagi.

Ini kerana Umno telah menghidu wujud kredit politik yang amat besar disebalik ucapan Mat Sabu itu. Itu pun Umno mengambil masa seminggu untuk meneliti ucapan tersebut sebelum dapat mempolitikkannya.

Ternyata ketiga-tiga tokoh forum tersebut menutup sebelah mata kerana melabel sebelah pihak sahaja sebagai mempunyai kepentingan politik sehingga mencetuskan polimik yang meresahkan rakyat.

Jika begitu kondisinya, bolehlah dianggap penalist forum tersebut juga bermain politik. Maka eloklah mereka terus terjun sahaja ke arena politik untuk merasai sendiri sepak terajang orang berpolitik.

Justeru, ternyata ketiga-tiga tokoh akedemik itu telah menyeleweng daripada tajuk forum yang begitu hebat dek teruja oleh hujah Mat Sabu yang membuat putara 360° tentang fakta sejarah pejuang pembebasan tanahair dari penjajah.

Hujah profesor kangkung itu lagi, tibalah masanya ahli-ahli politik dimestikan lulus subjek Sejarah sebelum menjadi calon pilihanraya agar tidak menjadi ahli politik kampong sebaliknya berpolitik secara rasional , berfikiran global tanpa meminggirkan asal-usul.

Ironinya, dengan polimik yang dicetuskan oleh Mat Sabu itulah maka seluruh rakyat Malaysia kini sedang melihat dan menilai kembali asal-usul sejarah perjuangan mereka yang terlena sekian lama termasuk ketiga-tiga profesor itu oleh retorik bahawa hanya pemimpin Umno yang memperjuangkan kemerdekaan.

Setelah hampir sebulan Umno gagal memainkan isu ini sebaliknya nampak ia memakan diri. Mereka berjaya seketika kerana dapat mengalih isu sebenar yang sarat melanda negara seperti Daftar Pemilih yang tidak bersih dan kewibawaan Perdana menteri, Najib Razak. Inilah yang gagal dilihat oleh ketiga-tiga panel forum.

Sebenarnya ramai di kalangan profesor yang ikhlas bersama ilmu mereka kini bangun memperbetulkan fakta-fakta tidak tepat yang dikeluarkan oleh rakan-rakan mereka khususnya yang mendakwa bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. Inilah gara-gara ucapan Mat Sabu yang mengakibatkan ada profesor yang pening lalat seketika!
-detikdaily-

Tiada ulasan: