"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat pertikai kos sebenar LPT 2

Dr Syed Azman Syed Ahmad
http://4.bp.blogspot.com/_0_PMo3o52c8/SXXNiYt7uEI/AAAAAAAAATg/opqgncoosCs/s400/latest+map21+copy.jpg
RAKYAT Terengganu yang telah lama menunggu sejak tahun 2006 bagi melihat terlaksananya projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT Fasa Ke 2) akhirnya dapat menggunakan sebahagian daripada jajaran projek tersebut menjelang Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Rakyat awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajil bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12.

Projek yang telah lama dinanti-nantikan ini akan dapat menjadikan perjalanan antara Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih singkat serta memberi keselesaan kepada semua pengguna lebuhraya.

Namun di sebalik kegembiraan rakyat Terengganu menantikan peluang bagi menikmati keselesaan menggunakan LPT 2 ini, projek ini telah mengalami pelbagai masalah dengan berlakunya kelewatan hampir 2 tahun. Pada mulanya ia dijadualkan siap akhir 2010, namun ia mengalami kelewatan dan hanya dijangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012. Projek ini melibatkan 11 pakej pembinaan bermula dari laluan Jabor sehingga ke Kampung Gemuroh dan ia membabitkan kos keseluruhan RM3.7 bilion.

Persoalan besar yang menjadi tandatanya ramai kalangan adalah kenapakah projek mega yang menelan belanja RM3.7 bilion ini tertangguh hampir 2 tahun? Dan berapakah pula kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan dengan berlakunya kelewatan projek ini disiapkan seperti jadual yang dijangkakan?

Pada awal tahun ini, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said semasa mengadakan lawatan kerja ke LPT fasa 2, menyatakan bahawa banyak faktor yang telah menjejaskan pencapaian projek LPT ini termasuk mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya LPT 2 ini telah menarik diri. Alasan yang d i k e m u k a n oleh kontraktor tersebut bagi menarik diri adalah berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuhraya itu, melambung tinggi. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan me ngalami kerugian yang besar.”

Kedua-dua kontraktor yang menarik diri adalah GPQ/Bukit Puteri JV yang merupakan syarikat usahasama antara anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dan syarikat awam yang telah dianugerahkan pakej 1C dan pakej 11 manakala Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 dan pakej 9B.

Melalui kedua-dua tender anugerah itu, GPQ/ Bukit Puteri JV meraih projek bernilai hampir RM150 juta dengan pakej 1C bernilai RM90 juta dan pakej 11 bernilai RM57,961,710.50. GPQ/ Bukit Puteri JV menarik diri dari membina pakej 1C kerana sehingga April, 2009 syarikat tersebut gagal mencapai sasaran dan hanya melaksanakan 3.7 peratus kerja dari sasaran 15.1 peratus sebagaimana jadual.

Syarikat kedua, Arah Jitu Sdn Bhd pula mendapat pakej 8 sepanjang 6.8 km dari Felda Kerteh 6 ke Hutan Simpan Santong, dan pakej 9B sepanjang 5.2 km di lokasi Hutan Simpan Bukit Bauk dan Ladang Ternak Genetik, Dungun.

Dengan dianugerahkan kedua-dua tender tersebut, Arah Jitu Sdn Bhd sepatutnya mendapat perolehan sebanyak RM110 juta dengan tender pakej 8 yang bernilai RM50,823,220.00 manakala pakej 9B bernilai RM59,215,000.00.

Arah Jitu Sdn Bhd menarik diri dari pembinaan pakej 9B kerana syarikat tersebut hanya mampu melaksanakan 14.6 peratus dari sasaran 26.7 peratus mengikut jadual.

Sementara itu Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor, ketika menjawab soalan di Parlimen pada akhir tahun lepas berkata bahawa pembinaan LPT Fasa 2 yang dimulakan Mac 2006 mengalami kelewatan kerana kontraktor yang dilantik tidak mampu meneruskan pelaksanaan projek berikutan kenaikan mendadak harga bahan binaan di pasaran dunia antara akhir 2006 hingga awal 2008.

Namun apa yang mengejutkan adalah pengumuman Dato’ Shaziman Abu Mansor bahawa projek yang tertangguh hampir dua tahun daripada jadual asal itu dijangka akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan sekitar 15 peratus berbanding kos asal RM3.7 bilion.

Ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos dengan membelanjakan lebih RM500 juta lagi bagi menyiapkan projek LPT 2 yang tertangguh ini. “Kos meningkat berikutan kenaikan harga barang binaan selepas harga petroleum naik pada 2008-2009, selain pelantikan kontraktor baru untuk menggantikan enam kontraktor yang terpaksa ditamatkan kontraknya kerana gagal menyiapkan pakej masing-masing,”

Ya, penambahan kos lebih RM500 juta bagi menyiapkan sepenuhnya LPT 2 ini bukanlah jumlah yang sedikit. Ini ditambah pula projek ini telah dikenal pasti menggunakan wang royalti minyak rakyat Terengganu yang perlu dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan di mana 50 peratus daripadanya dibiayai menggunakan wang royalti minyak Terengganu.

Kenapakah perkara ini boleh berlaku? Mungkin inilah nasib negeri penyu bertelur sehinggakan projek-projek yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti projek pembinaan LPT 2 ini, projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) serta projek Mega Bebas Cukai Tasik Kenyir yang bernilai lebih RM100 juta terpaksa ditanggung oleh rakyat Terengganu sendiri.

Tiada ulasan: