"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta termurah di dunia, Tata Nano (Tata Motors India) mudah terbakar?

GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano, keluaran Tata Motors terbakar di Mumbai, India pada 21 Mac 2010.
NEW DELHI: Pengeluar kenderaan India, Tata Motors mengarahkan satu siasatan dibuat semalam selepas sebuah lagi kereta kompak buatannya, Tata Nano yang dilabel kereta termurah di dunia terbakar secara tiba-tiba.

Dipuji pada 2008 sebagai kereta pencetus revolusi pengangkutan di India, penjualan kereta Nano mengalami kemerosotan ekoran kebimbangan berhubung tahap keselamatan kenderaan itu, masalah pengeluaran serta kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi.

"Sebuah kereta Nano terbakar di sini kelmarin. Kami telah menghantar pasukan jurutera untuk melakukan siasatan. Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes berkenaan," kata jurucakap Tata Motor, Debasis Ray.

Menurutnya, pengeluar kereta berkenaan akan menghubungi pemilik kereta terbabit.

Terdahulu, akhbar tempatan The Times of India melaporkan bahawa dua adik beradik lelaki sempat melarikan diri selepas kereta terbabit tiba-tiba terbakar.

Pada tahun lalu, Tata Motor terpaksa menawarkan peningkatan ciri keselamatan percuma selepas beberapa kereta Nano terbakar dalam pelbagai insiden tetapi firma itu tetap bertegas bahawa kereta berkenaan tidak mengalami masalah.

Model asas kereta Nano dijual pada harga semurah AS$2,500 (RM7,956). 
-AFP/kosmo-

Tiada ulasan: