"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamie Fletcher Temukan Islam Sebaik Keluar Dari Kelab Malam Dalam Keadaan Mabuk

 Jamie Fletcher, mualaf asal Kolombia
Jamie Fletcher , mualaf asal Colombia
REPUBLIKA.CO.ID, BOGOTA: Banyak hal tak terduga dialami para muallaf dalam mencari Islam. Seperti yang dialami Jamie Fletcher. Seorang muallaf dari Colombia. Ia menemukan Islam sebaik pulang dari sebuah kelab malam dalam keadaan mabuk.

"Suatu malam saya dan teman saya pulang dari kelab malam dalam keadaan mabuk. Sepulang dari sana kami duduk di depan rumahnya sambil menatap botol minuman. Tak di duga teman saya berkata, 'Aku tak percaya masih melakukan ini', " ceritanya kepada Public Radio International ( PRI ) pada hari Isnin, 23 Disember.

Fletcher yang kehairanan cuba bertanya kembali. Ia bertanya apa maksud dari perkataan temannya tadi. "Aku bertanya padanya apa maksud dari tidak percaya. Lalu temanku bercerita bahawa dirinya tak percaya masih melakukan hal ini setelah pulang dari Mekah", katanya mengimbas kembali.

Mendengar kata Makkah, Fletcher kembali bertanya kepada temannya apa itu Makkah. Temannnya memberitahu bahawa Mekah adalah rumah dari Allah. Temannya yang seorang muslim, juga menjelaskan sedikit tentang Islam. "Islam adalah agama yang benar dari Allah", ceritanya. Ketika itu Fletcher menafikan dengan alasan semua orang menganggap agamanya adalah benar. Akan tetapi perbualan singkat tersebut memercikan ingin tahu Fletcher tentang Islam.

Seperti kebanyakan Latin, Fletcher dibesarkan dalam keluarga Katolik, tapi orang tuanya juga mendorong dia untuk mencari kebenaran sendiri. Dalam usahanya mencari kebenaran, ia belajar agama Kristian, Yahudi, Taoisme dan agama Buddha. Anehnya, didalam pencariannya tersebut, Ia mula meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar dari Allah.

Saat itulah, ia memutuskan untuk masuk Islam dan menukar namanya menjadi Mujahid Fletcher. "Islam membawa rasa yang jelas untuk meminta pengampunan atau taubat secara langsung kepada Tuhan, tanpa perantara", kata Fletcher.

Dia tidak berpuas hati walaupun telah menemui kebenaran islam. Fletcher pun bertekad untuk menyebarkan Islam di kalangan latinos (masyarakat Amerika Latin) lain.

Oleh kerana itu, Ia melancarkan sebuah syarikat bernama Islam di Sepanyol di mana Ia mula melakukan terjemahan dan membuat rakaman audio dari ayat-ayat AlQuran. Dia dan ayahnya, yang juga masuk Islam, telah membuat 500 CD dan 200 akses TV kabel yang berisikan hal-hal tentang Islam. "Tujuan akhir adalah Islam di Sepanyol mampu mendidik orang Latin tentang Islam di seluruh dunia, " katanya.

Sekarang menjadi rutin Fletcher hadir di Maryam Islamic Center yang terletak di Sugar Land, sebuah pinggir bandar makmur di Houston. Masjid besar disana mempunyai seni bina yang sama seperti di Timur Tengah atau Turki dimana Bangunannya sangat menarik dan tinggi, pintu masuk melengkung, terdapat tiang dan dua menara.

Fletcher mengatakan Muslim Latino tersebar di tempat-tempat kecil di bandar-bandar besar seperti Houston.

Tiada ulasan: