"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin ambil kesempatan tikam belakang Najib?

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dengan kedudukan Najib yang semakin melemah akibat penolakan rakyat terhadap dasar merasionalkan subsidi sehingga meningkatnya banyak harga barangan serta kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, Muhyiddin Yassin yang baru kembali bertugas setelah bercuti di luar negara seakan telah membawa khabar gembira buat rakyat dengan menyatakan kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan sebelum ini, tulis Shahbudin Husin.
Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama kumpulan sasaran.

“Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap kerajaan ini,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Lantaran itu, beliau menambah, Muhyiddin mahu mengkaji dan melihat semula dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan kemarahan ramai terhadap kerajaan.

Baginya, walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada.

“Muhyiddin mula menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira dengan kenaikan harga barang sekarang ini,” tulisnya lagi.

Tiada ulasan: