"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kajian: Sikap pengundi bandar sukarkan BN, kubu kuat Umno terhakis

KAJANG 23 Mac: Lokaliti bandar dan pinggir bandar, ditambah dengan kadar penetrasi maklumat kepada pelayaran internet dan pengaruh media sosial baharu yang luas menyukarkan BN untuk menang.
Menurut kajian ILHAM Centre, selama ini, tujuh daerah mengundi peratus penduduk Melayu 75 peratus ke atas yang menjadi kubu kuat Umno kini kian terhakis sedikit demi sedikit.

Laporan kajian itu menunjukkan, daerah mengundi seperti Sungai Kantan (90 peratus Melayu), Taman Mesra (83 peratus Melayu), Saujana Impinan dan Sungai
Sekamat (80 peratus),Kantan Permai (79 peratus Melayu) Batu 10 Cheras (78 peratus Melayu) dan Taman Delima (76 peratus Melayu).

Pengundi Cina bertumpu di 6 daerah mengundi iaitu, , Sungai Chua Satu, Sungai Chua Dua, Sungai Chua Tiga, Sungai Chua Empat, Sungai Chua Lima, Kajang dan Bandar Kajang.

Manakala kawasan bercampur ialah di Taman Kajang Baharu dan Taman Kota Cheras.

Beberapa indikator memperlihatkan pola pengundian berbeza antara PRK luar bandar dan kawasan bandar. Kajang mewakili kawasan bandar memberikan gambaran bahawa pengundi bandar mempunyai pendirian poliitk yang berbeza.
“Pengundi Kajang yang ditemubual meletakkan pertimbangan hampir seimbang antara faktor pemilihan berdasarkan parti dan calon. Dapatan kajian menunjukkan penentuan asas pemilihan dalam PRK kali ini ialah mengikut parti yang dianggotai sebanyak 46 peratus, dan 30 peratus atas faktor calon yang disukai.

“Pertimbangan rasional ini memberikan kelebihan untuk pengundi membuat pilihan muktamad sehingga hari membuang undi,”tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Selain itu, berlaku perubahan kecil tetapi signifikan pada pola pengundian undi Melayu di kawasan kubu Umno. Merujuk kepada perubahan di dua daerah mengundi Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras, kekuatan pengaruh PR dan KEADILAN makin melebar di sana.

“Dipercayai akan berjaya ‘menculik’ sedikit undi yang kebiasaannya tegar kepada Umno/BN di sana,”tulis kajian itu lagi.

Laporan ini juga menyebut, media sosial pengaruhi pola undi muda dalam pilihan raya kecil kali ini, capaian dan penetrasi maklumat melalui internet adalah yang
tertinggi iaitu sebanyak 63 peratus. Ini jumlah penemuan tertinggi ILHAM Centre sepanjang siri PRK yang lalu.

“Kajian merakamkan bahawa anak muda dan golongan pertengahan lebih terkesan dan dilihat cenderung kepada citra perjuangan Pakatan Rakyat,” kajian dipetik. 

Tiada ulasan: