"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan tidak resmi PRK Kajang PKR kekal majoriti kurang

8.53pm Wan Azizah tiba di pusat penjumlahan dan SPR dijangka akan mengumumkan keputusan rasmi.

Petugas TNB dilihat berada di kawasan ini bagi mengelakkan berlaku kejadian bekalan elektrik putus.

8.52pm Bilik gerakan PKR -  Fahmi Fadzil berkata PKR secara tidak rasmi berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut beliau PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

8.40pm Tak rasmi dari sumber PKR:

PKR - 16,770
BN - 11,401
Majoriti - 5,369

Ini jumlah meliputi kesemua 88 saluran dan 72 peratus yang keluar mengundi.

Jumlah majoriti berkenaan menunjukkan ia merosot sebanyak 1,455 undi.

Calon PKR memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti 6,824, dengan 88 peratus keluar mengundi.

8.38pm Kira-kira 150 penyokong BN termasuk pengamal media berhimpun Kg Bukit Angkat untuk menikmati satay dan nasi lemak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir ke sini bersama penyokong. Setakat tidak pasti sama ada beliau akan kekal dengan rancangan tersebut.

8:32pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR: 16,581
BN: 11,242

Majoriti: 5,339

8.15pm Bilik gerakan undi PKR - Suasana meriah dengan kumpulan ahli berhimpun menunggu kemaskini keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Kajang di sini.

Beberapa pemimpin utama parti, termasuk calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertolak ke stadium Majlis Perbandaran Kajang.

Sementara itu pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ketika ditemui berkata beliau gembira dengan keputusan tidak rasmi ini kerana berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang tewas sebelum ini iaitu Taman Delima dan Sg Sekamat.

"Kalau ikut peratusan kita menang lebih besar walaupun majoriti kita berkurang. Ini kerana peratusan keluar mengundi yang rendah," kata beliau


8.20pm Tak rasmi dari sumber PKR, jumlah dari 74 saluran:

PKR: 13,570
BN: 9,681

8pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 16,086
BN - 10407
Majoriti: 5,679


7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang

-malaysiakoni-

Tiada ulasan: