"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MH370: Perancis serah imej baru objek


Malaysia hari ini menerima gambar satelit baru daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek berpotensi di koridor Selatan, dalam usaha pencarian pesawat MH370.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Malaysia segera menyampaikan imej itu kepada pusat penyelarasan usaha menyelamat Australia.

Koridor Utara terletak antara Indonesia hingga Lautan Hindi.

Perkembangan terbaru ini sekali gus menguatkan teori bahawa MH370 mungkin berada di kawasan itu.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung imej itu atau mengedarkannya kepada media buat masa ini.

Sebelum ini dua lagi negara mendedahkan imej satelit, iaitu Australia dan China. Pasukan pencarian bagaimanapun belum dapat mengesannya.

Sementara itu, sejak kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, hari ini pertama kali kerajaan tidak mengadakan taklimat media, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan bertulis.

Tiada ulasan: