"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli DAP dakwa PAS menjadi korban kerana kebaikannya

Mohamad Fadli
Aspan-alias-NewPETALING JAYA: Seorang Ahli DAP, Aspan Alias berkata PAS secara tidak sedar telah dijadikan ‘pengalas kaki’ oleh PKR.
Sebenarnya PAS menjadi korban kerana kebaikannya. Sesungguhnya isu hudud dan kalimah Allah yang disebut oleh DAP itulah yang merenggangkan pengundi kaum Cina dan Melayu terhadap PAS dan ini kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

“PAS hanya menjadi korban rakan-rakan kongsinya dengan ‘intrigue’ politik yang telah mengaibkan PAS.

“Lantaran kenyataan DAP yang “PAS is nothing without DAP and Chinese support” itu adalah kelakar dan sangat tidak jujur,” katanya di dalam blog aspanaliasnet.blogspot.com.

Menurut Aspan, kebaikan dan keterbukaan parti itu terhadap rakan kongsinya itu diambil sebagai kelemahan oleh parti-parti lain dalam PR.

“Mereka mengambil semuanya ‘for granted’ terhadap PAS.

“PAS dengan tenaga kerjanya yang begitu gigih dalam pilihanraya yang lepas mendapat jumlah kerusi yang berkurangan jumlahnya berbanding dengan PRU 2008. Parti itu hanya memenangi 21 kerusi, satu kerusi kurang dari PRU 2008,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dalam pengamatan beliau orang Melayu Islam walaupun sudah tidak berapa selesa dengan UMNO mereka tidak dapat menumpukan sokongan terhadap PAS kerana beberapa isu yang panas yang di sentuh oleh DAP.

“Kenapa Guan Eng menyentuh tentang isu nama Allah dalam ucapannya semasa menyambut hari Krismas sebab itu merupakan isu sensitif kepada orang Melayu kita?

“Kenapa PAS tidak berjaya memasukkan bersama hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat, sedangkan itulah salah satu isu perjuangan PAS yang besar?,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau menyebut isu ini kerana, jika pucuk pimpinan PKR mengambil keputusan untuk meletakkan seorang calon lain menggantikan Khalid Ibrahim, ia tidak semestinya diikuti oleh ahli-ahli dan penyokongnya lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi di atas pagar.

“Jika DAP benar-benar berpengaruh untuk menentukan kemenangan bagi PAS, kenapa PAS mendapat kerusi yang berkurangan dari DAP yang telah melonjak kemenangannya dari 28 kepada 38 kerusi dalam PRU yang lalu.

“Sesungguhnya keadaannya adalah terbalik, PAS mendapat berkurangan kerusi jika dibandingkan dengan pilihanraya 2008 dahulu,” jelasnya.

Bak kata pepatah, ‘cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga sakitnya’. Saya sudah mengagak yang PAS akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu.

“Jika itu juga sikap parti-parti rakan kongsi dalam PR di Selangor, kita tidak lagi berkeyakinan yang PR akan kekal mentadbir Selangor selepas ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: