"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya akan ulas selepas mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang - Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih enggan mengulas berhubung pencalonannya sebagai pengganti menteri besar Selangor oleh PAS di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Saya belum dimaklumkan secara rasmi. Petang ini kita akan ada mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang.

“Tempat tidak diberitahu lagi. Lepas itu saya akan komen selepas bincang dengan pimpinan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mendoakan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis dalam pentadbiran Selangor sedia ada.

“Kita doa yang terbaik,” katanya.

1 ulasan:

mohamad berkata...

Cadangan menghantar lebih nama itu lah yang terbaik:

1> Mengelakkan orang mempunyai persepsi hanay DSAI yang menguasai PKR dan PR. Apakat DSAI mesti kena ikut.

2> Mengelakkan persepsi PKR parti pembuli

3> Untuk menggelakkan kemungkinan Sultan merasakan beliau dipaksa, tiada pilihan, hendak tak hendak terpaksa setuju.

3> Untuk mengelakkan PKR menanggung malu jika Sultan menolak seperti mana berlaku di Terengganu, Perak dan Perlis.

4> Untuk tidak menyusahkan pentadbiran Kerajaan PAKATAN bila berlaku hubungan yang tidak baik dengan Sultan sepertimana yang pernah berlaku di negeri kelantan semasa BN atau PAS memerintah satu masa dahulu.

5> Untuk menyelesaikan kemulut yang berlaku dalam PKR dan PR fengan segera, rakyat akan hilang keyakinan dan rasa muak dan mual dengan persengketaan yang berlaku. Atas nama kepentingan rakyat tapi pemimpin terus bercakaran berebut kuasa.