"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS pimpinan Hadi akan keluar Pakatan bulan depan?

Ng Kee Seng
ANALISIS BERITA: Jelas bahawa PAS tidak boleh terus menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, selagi Hadi Awang yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-Umno terus menerajui parti Islam itu.

Jika Hadi dipilih semula sebagai presiden PAS bulan depan, PKR dan DAP tidak mempunyai pilihan lain selain bergerak tanpa PAS dalam usaha mereka untuk menduduki Putrajaya.

Mungkin, ini adalah mengapa orang kuat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah menulis pada 11 Mei bahawa beliau tidak pasti sama ada Pakatan akan terus wujud pada bulan depan.

Rupa-rupanya, Lim merujuk kepada pemilihan PAS bulan depan, yang akan menyaksikan pertembungan antara puak konservatif dan sederhana.

Jika Hadi dan golongan konservatif beliau menang, adakah masih praktikal untuk PKR dan DAP bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah gabungan politik?

Sepanjang tahun lepas, Hadi sentiasa membangkitkan isu-isu yang dianggap memudaratkan perpaduan Pakatan, sekali gus memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

Isu membingungkan terbaru yang dibangkitkan oleh Hadi adalah sokongan terhadap Najib Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

The Star Online pada 12 Mei memetik Hadi sebagai berkata yang Najib perlu menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri, kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil.

Biar betul? Jadi, adakah Hadi maksudkan yang setelah dipilih, rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga penggal tamat untuk menukar pemimpin mereka?

Jika seorang Perdana Menteri kehilangan sokongan di tengah-tengah pemerintahannya, adakah undi tidak percaya, mungkin di Parlimen, tidak wajar?

Hadi menyatakan: "Beliau tidak seharusnya tunduk kepada tekanan dan dia harus dibenarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletak jawatan dan saya mesti mengatakan bahawa beliau perlu diberikan peluang untuk menamatkan penggalnya."

Jadi, adakah Hadi maksudkan yang tiada masalah bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion?

Apakah Hadi juga maksudkan yang Najib tidak boleh dipersalahkan apabila beratus-ratus juta ringgit diambil dari 1MDB ke tempat-tempat lain oleh seorang "orang luar"?

Abdul Hadi juga menyatakan yang adalah sia-sia untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk berundur, kerana kontroversi-kontroversi yang presiden Umno itu didakwa terlibat.

"Adalah memalukan untuk memberi tekanan kepada beliau bagi meletakkan jawatan, kerana kita perlu mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya.

Bukankah kenyataan yang dibuat "musuh politik" ini, membingungkan?

Jadi, adakah Hadi telah lupa bagaimana BN yang diterajui Umno telah membuli PAS, menafikan royalti minyak terhadap Terengganu dan Kelantan yang dipimpin PAS?

Adakah Hadi telah lupa bagaimana PAS telah disingkirkan daripada BN pada tahun 1978, selepas BN berjaya menggunakan PAS untuk menyatukan asas politik Melayu?

Abdul Hadi menambah yang tindakan mendesak Najib berundur adalah satu senario yang telah pun berlaku semasa kepimpinan perdana menteri sebelumnya.

"Ini bukannya perkara baru. Sebelum 1MBD, kita juga mempunyai masalah dengan Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hanya beberapa darinya," katanya.

Apakah Hadi kini mengatakan yang adalah tidak mengapa untuk membolehkan mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal-skandal kewangan, bebas begitu sahaja daripada pendakwaan?

Tetapi apa yang pasti adalah Najib telah mengisytiharkan perang ke atas Dr Mahathir Mohamad, yang meminta Najib untuk meletakkan jawatan atas alasan bahawa BN akan tumbang dalam pilihan raya akan datang di bawah kepimpinan Najib.

Lim berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun 2013 "bukan sahaja menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan Najib hanyalah kerajaan minoriti dengan 47 peratus daripada undi kebangsaan, tetapi tujuh kerajaan negeri di Tanah Melayu, iaitu Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor boleh bertukar tangan dalam PRU14.

Beliau berkata BN memperolehi kurang 55 peratus daripada jumlah undi negeri dalam pilihan raya umum lalu – Perak (45 peratus), Kedah (50 peratus), Terengganu (51 peratus), Negeri Sembilan (52 peratus), Melaka (53 peratus), Pahang (54 peratus) dan Johor (54 peratus).

Jadi, apakah agenda politik Hadi? Apakah yang diterima PAS melalui kerjasamanya dengan Umno dan Najib, untuk memusnahkan Pakatan?
-antdaily-

2 ulasan:

cikmatgelap berkata...

kumpulan yg tak pro ulamak2 seleweng ni,kena keluar dari pas dan masok pasma

bat8 berkata...

Xpe....xde masaalah grup HH jika menguasai PAS lepas muktamar nanti hendak bawa PAS keluar dari PR. Buatlah secara Islam, cara terhormat mengikut landasan perlembagaan parti. Jika mereka berjaya, apa jua nasib yang dialami PAS samada berjaya atau tidak, mereka bertanggungjawab bukan kepada ahli sahaja tetapi kepada Allah.

Apa yang kita lihat setakat ini adalah usaha yang sebaliknya, penuh dengan tipu daya, khianat dan diluar batasan akhlak Islam dan memijak perlembagaan.

Kita boleh membuat andaian apa akan jadi kepada PAS jika ciga2 grup HH berjaya. Rekod yg ada mengenai tokoh-tokoh puak ini kita semua tahu - at best dissapointing, backward, ancient and extreme on the right.

Yang lebih penting adalah apa tindakan puak profesional dan ulamak yang tidak sehaluan dengan puak HH. Apa perancangan mereka? Adakah nostalgia akan menjadi pilihan sehingga mereka sanggup melupakan ideslisme perjuangsn mereka semasa dalam PAS. Akan lupakah mereka PAS hanyalah vehicle, bukan perjuangan Islam.

Bagi saya jika mereka kekal didalam PAS selepas kena sembelih ala karbala dalam muktamar ini - saya mufarakah dengan mereka buat selama-lamanya.