"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecat Azeez demi nama baik TH - Kadir Jasin


Bekas Ketua Pengarang News Straits Time Press (NSTP) Datuk Abdul Kadir Jasin mecabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melucutkan jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipegang Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekiranya beliau benar-benar tidak mahu nama TH tercemar.

Tegasnya tindakan itu harus dibuat jika Najib tidak terlibat dalam urusan pembelian tanah di di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik syarikat yang diasaskannya, 1MDB.
Selain Abdul Azeez, Kadir juga mecabar kesemua individu yang terlibat dalam urusan pembelian tanah berkenaan dilucutkan jawatan.

“Kalau Najib tidak terlibat dalam jual beli ini dan beliau tidak mahu nama Tabung Haji tercemar, kita cabar beliau melucutkan jawatan Abdul Azeez dan semua orang yang terlibat dengan pembelian tanah 1MDB itu.

“Kita mahu lihat keberanian dan keikhlisan Pahlawan Bugis itu dan kita mahu tahu kepada siapa tanah itu akan dijual serta berapa keuntungan TH akan peroleh,” katanya menerusi blognya, The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Dakwanya tindakan TH mengumumkan akan menjual tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu adalah kesan daripada kerja-kerja pembelian yang dibuat secara ‘curi-curi’ tanpa pengetahuan umum.

Abdul Azeez memutuskan pendirian berkenaan selepas mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Najib serta demi menghormati sensitiviti pendeposit.

Dakwa Kadir, pembelian tanah di TRX di ibu kota tidak akan diketahui umum sehingga kini sekiranya pendedahan mengenai urusan itu tidak dilakukan.

“Inilah akibat “nawaitu” yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini mengumumkan bahawa atas “nasihat” Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

“Inilah kerja mengarut dan kerja tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres,” ujarnya.

Terdahulu Abdui Aziz dalam sidang media pagi tadi memberitahu keputusan menjual tanah di TRX diambil selepas mendapat nasihat daripada Najib melalui panggilan telefon awal pagi tadi.

Katanya pendirian itu tetap diambil meskipun kesemua Ahli Lembaga Pengarah TH tidak bersetuju untuk menjualnya ketika perbincangan dalam mesyuarat sesama mereka semalam.

Menurutnya perdana menteri “menasihati” supaya menjual tanah terbabit supaya nama baik TH tidak tercemar.

4 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Pecat dan siasat semua Ahli Lembaga Pengarah LTH bagi mastikan tiada sebarang keraguan dan pecah amanah. Sejak akhir-akhir ini segala keputusan hanya dibuat oleh PM merujuk pada kenyataan Pengerusi LTH. Apakah LTH sekarabg sudah berada dibawah JPM?

GEBU berkata...

Titik permulaan utk tindakan diambil kpd kepimpinan yg tidak amanah dan penyalah gunaan kuasa.

Unknown berkata...

Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain

minda sabina berkata...

Pulangkan balik tanah tersebut dan kembalikan jumlah wang belian tersebut dan jangan ambil sebarang keuntungan keatas tanah yang sudah jelas dan nyata pembeliannya tidak mengikut lunas hukum jual beli dan usahlah buat keputusan yang mengelirukan penyimpan dengan cara mencari keuntungan secara yang belum jelas haram halalnya ,ingatlah wang yang anda gunakan itu wang halal dari titik peluh penyimpan yang mengharapkan keredhoaan Allah untuk ketanah suci,bawalah berfikiran yang waras sedikit wahai mereka yang diberi amanah,jangan sampai penyimpan menyumpah dan tidak rela jika gaji kamu semua dibayar itu kamu makan dengan secara haram untuk anak bini kamu semua.Saya seorang penyimpan yang telah tua dan mungkin tiada harap untuk menunai haji kali ketiga cuma mengaharapkan simpanan itu mendapat berkat keran dapat menampung pada jumaah yang lain.saya dsokong kesemua yang terlibat dengan sindioket ini diberhentikan.