"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11 cedera, pengebom bunuh diri sasar Makkah

Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah cedera selepas seorang pengebom nekad menjadikan kota suci Makkah sebagai sasaran meletupkan dirinya, kata kementerian dalam negeri.

Kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

AFP memetik jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, yang memberitahu televisyen Saudi, polis menggagalkan rancangan lelaki itu yang cuba menjadikan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat sebagai sasaran.

Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.

"Dia mula menembak ke arah anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Tembakan berlaku sebelum dia meletupkan diri," kata Turki.

Letupan itu menyebabkan sebahagiannya bangunan tempat suspek berlindung runtuh, mencederakan enam jemaah, kata Turki.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi sering berdepan pengeboman berkala dan tembakan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Daesh.

Akhir Ramadan lalu, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

Ia antara satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif.
-malaysiakini

Tiada ulasan: