"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Eucalyptus membelit kerajaan Kelantan, kata Husam

ZIKRI ABDULLAH
Adun Salor, Datuk Husam Musa menganggap jawapan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pada sidang Dun bahawa tiada kelulusan 20,000 ekar oleh Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) berhubung projek tanaman eucalyptus adalah satu pembohongan.

“Pelbagai komitmen menghalang saya bertindak balas segera atas kenyataan TMB Kelantan mengenai eucalyptus semasa penggulungan perbahasan DUN Kelantan Rabu lalu,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya semalam.

“Bersama posting ini saya siarkan tiga surat:- dua surat dari Sheeco Agro Development Sdn Bhd kpd KPK masing-masing bertarikh 26 Mei 2017 dan 27 Ogos 2017 dan satu surat dari KPK kepada Sheeco bertarikh 6 Jun 2017, memaklumkan kelulusan dasar atas cadangan memajukan tanaman eucalyptus dalam kawasan konsensi KPK seluas 20,000 ekar.

“Pembaca boleh menganalisa sendiri maksud surat-surat ini,” katanya.

“Menurutnya surat Sheeco bertarikh 27 Ogos 2017 memaklumkan anak pokok sebanyak 400,000 telah pun sampai. Jika surat-surat yang saya siarkan ini palsu, sila TMB Kelantan mengambil tindakan sewajarnya untuk membuktikan ia palsu.

“Jika tindakan seperti itu tidak diambil, ternyata TMB Kelantan telah sekali lagi berbohong. Bahawa sememangnya kelulusan dasar telah dikeluarkan,” katanya

Perlu diketahui katanya, berapakah luas kawasan tanaman untuk 400,000 anak benih.

“Jika surat Sheeco bertarikh 27 Ogos 2017 dijadikan sandaran, Sheeco memerlukan paling kurang 400 hektar tanah KPK untuk menanam 400,000 anak pokok eucalyptus yang ia bawa masuk.

“Berdasarkan rencana Utusan Online mengenai tanaman eucalyptus tulisan Ahmad Zuhaidi Yahya, bertarikh 8 Februari 2017, jumlah anak pokok untuk setiap hektar adalah 833 pokok,” katanya.

Ini katanya memerlukan 480 hektar minima yang sudah melebihi 1,000 ekar.

“Ingat, surat itu untuk KPK dan seharusnya terpakai untuk ditanam di atas tanah KPK,” katanya.

Berkenaan eucalyptus yang dikatakan tiada kesan buruk, beliau menganggap hujah Datuk Mohd Amar sangat simplistik.

“Perbandingan serapan air eucalyptus dibandingkan dengan keledek, jagung dan soya tanpa menyatakan jeda masa yang diukur. Untuk memudahkan perbincangan permulaan ini, saya muatnaikkan keputusan sebuah mahkamah di India mengenai tanaman ini.

“Kandungan berita ini memuatkan pelbagai maklumat menakutkan tentang tanaman ini,” katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan kelulusan ini hanya untuk mengaut balak sebelum menanam eucalyptus.

Mengulas dakwaan ramai yang mengikuti rombongan ke China beliau berkata itu bukan bermakna mereka bersetuju.

“TMB membacakan senarai anggota yang mengikuti rombongan beliau ke Nanning. Ikut rombongan tak semestinya mereka setuju.
Kalau mereka setuju, tunjukkan kertas pandangan mereka,” katanya.

Namun menurut Husam, sekurang-kurangnya akhirnya Datuk Nik Amar mengaku beliau terbang ke Nanning bersama Datuk Roshaimi Razak.

Tiada ulasan: