"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amiruddin tidak percaya parti yang berselindung di sebalik baiah, dakwa MP Amanah

MALAYSIA DATELINE
Keputusan Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak mempercayai lagi Pas yang berselindung di sebalik baiah ahlinya, dakwa Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

“Saya tak rasa Adun Kedah itu masuk PBBM kerana nak langgar baiah.

“Tapi saya rasa ia lebih kepada tak boleh nak percaya lagi kepada parti yang berselindung di sebalik baiah itu,” ujarnya dalam status yang dimuat naik di laman facebook hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik, telah mengingatkan Amiruddin mengenai baiah parti itu apabila mengumumkan menyertai Bersatu dalam sidang media pada Ahad.

Hanipa menjelaskan mengenai pendirian Pas terhadap beberapa skandal antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bajet 2018 yang memperlihatkan Pas tidak sehaluan dengan pendirian Pakatan Harapan sebaliknya lebih memihak kepada Umno-BN.

“Ada saman DoJ ke atas mereka yang ‘lanun’ wang rakyat, dikatakan ia campurtangan asing ..macamlah yang komen itu ‘expert’ sangat dengan klepktoraksi dan US law.

“Bila MP (Ahli Parlimen) lain sibuk menentang dan menolak bajet yang dibentang makhluk bergelar ‘si kleptokrat’, ada pula dua makhluk daripada parti suci mengundi berkecuali sehingga memenangkan parti si kleptokrat itu.

“Bila orang nombor satu parti suci yang diharap nampak muka selalu di Parlimen tak nampak muka khususnya ketika waktu genting diperlukan nampak muka itu, apa lagi yang Adun Kedah itu boleh harapkan pada ‘kepimpinan melalui tauladan’ dalam parti yang dikatakan perjuangkan Islam,” ujarnya.

Kata Hanipa lagi, Pas kerap memberikan ‘nyawa’ kepada Umno-BN untuk terus kekal berkuasa yang menghalang usaha dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap polisi kerajaan yang membebankan rakyat.

“Bila keinginan atau nafsu nak lawan kezaliman, lawan salah guna kuasa, lawan rasuah, lawan penyelewengan mereka yang berkuasa, lawan polisi-polisi yang bebankan rakyat… makin hari makin tipis dan semakin lenyap dan kerap pula beri “nyawa” kepada Umno-BN, takkanlah nak kekal dalam parti sebegitu!

“Bila mulut setengah pemimpin parti suci termasuk yang dikatakan ulama begitu ringan melabel orang dan letak diri mereka sesuci kain putih, peliklah Adun Kedah itu nak terus ‘berintima’ (menggabungkan diri ) dalam parti seperti itu.

“Hairan dan ajaib bila Adun atau MP yang keluar parti suci tapi masih terus menentang BN dan tidak pernah berhasrat untuk menggadai Islam terus dilabel langgar baiah.

“Sebaliknya parti yang disokong oleh rakyat yang benci BN dalam PRU termasuk pengundi bukan Islam sehingga banyak kerusi parti suci itu menang tidak pula dianggap khianat sokongan rakyat.

“Mereka itu pula seolah-olah kebal daripada sebarang hukum agama hanya kerana tiada perkataan baiah dalam perkara tersebut,” ujarnya.

Semalam Amiruddin yang juga ketua pembangkang Dun Kedah mengumumkan keluar Pas dan menyertai Bersatu pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Tiada ulasan: