"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas dimarahi emak, budak 8 tahun maut terjun bangunan

SEORANG budak perempuan berusia lapan tahun terjun dari sebuah apartmen di Johor Baru dan meninggal dunia selepas dimarahi emaknya pada Jumaat, lapor akhbar The Star.

Laporan itu menyebut yang budak perempuan itu terjun dari tingkat sembilan selepas ditegur kerana membuat bising di dalam rumah.

“Siasatan awal mendapati yang disebabkan teguran itu, mangsa mengunci dirinya dalam bilik sebelum terjun melalui tingkap bilik apartmen yang terletak di Jalan Skudai Lama di sini,” kata Timbalan Pesuruhjaya OCPD Johor Baru Utara, Mohd Taib Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa cedera parah di kepala pada kejadian 2.30 petang Jumaat itu.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut sementara menunggu siasatan.

Tiada ulasan: