"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Premis 'minum dan raba' kena serbu (Gambar)

Safeek Affendy Razali

SERDANG: Keasyikan sebahagian pengunjung sebuah premis hiburan di Puchong, berhibur ditemani wanita warga Vietnam, terhenti apabila diserbu polis, sebentar tadi.


Serbuan dijalankan seawal jam 10.30 malam hasil risikan dan maklumat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Polis Kontinjen Selangor, dibantu Polis Daerah Serdang.

Hasil intipan yang dijalankan sejak seminggu lalu itu, premis berkenaan sentiasa dipenuhi wanita warga asing, yang dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan ketika di meja minuman, selain perkhidmatan seks di hotel berhampiran.

Ketika serbuan dibuat, sebahagian daripada lebih 125 pelanggan panik dan cuba melarikan diri sehingga menyebabkan seorang anggota cedera akibat rempuhan.

Hasil pemeriksaan, seramai 34 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Thailand, dipercayai pelayan premis hiburan berkenaan ditahan.

Empat daripada mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sosial, manakala selebihnya dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Berdasarkan maklumat, premis sama sering diserbu pihak berkuasa, namun akibat kebocoran maklumat, wanita warga asing gagal diberkas.
ANTARA Warga asing yang di tahan pada Operasi Khas jenayah, Polis Kontinjen Selangor bahagian siasatan jenayah maksiat, judi dan kongsi gelap (D7) yang diadakan di Puchong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din© Provided by Media Prima

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

Tiada ulasan: