"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana syak wasangka, suami pukul mati isteri di Taiping

Kerana HANYA kerana syak wasangka, seorang suami nekad memukul isterinya sehingga meninggal dunia dalam satu kejadian di Matang dekat Taiping, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata mangsa Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira-kira 9.30 malam tadi.

"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 11 malam hari Khamis. Keesokannya kira-kira 9.15 pagi seorang lelaki berumur 40 tahun dan bekerja sebagai buruh datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitahu dia telah memukul isterinya.

Isterinya cedera lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata bedah siasat yang dilakukan oleh pihak HRPB hari ini mendapati kematian mangsa adalah disebabkan oleh trauma akibat objek tumpul.

Beliau berkata suami mangsa telah ditangkap dan pihak polis telah mendapatkan perintah reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Pihak polis akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok untuk siasatan lanjut kes yang diklasifikasi semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Punca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain," katanya.

Mohamad berkata suami isteri itu mempunyai empat orang anak berumur lima hingga 15 tahun.
-Bernama

Tiada ulasan: