"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbuatan keji ‘imam’ terbongkar

Seorang ‘imam’ memberi alasan untuk membantu seorang gadis berusia 14 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, sebelum dia dua kali merogol mangsa di sebuah hotel di Beaufort.

Perbuatan keji lelaki berusia 50 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada abang dan kakak iparnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh ahli keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, semalam.

Susulan itu, ‘imam’ terbabit ditahan polis di rumahnya di sebuah kampung Beaufort, pada hari sama.

Menurut sumber, mangsa bersama teman lelakinya antara pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Beaufort oleh Jabatan Hal Ehwal Agama IslamNegeri Sabah (JHEAINS) cawangan Beaufort pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, lelaki itu yang juga penguat kuasa jabatan agama kemudian dipercayai menemui mangsa untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan.

“Lelaki terbabit mendakwa akan menyediakan urusan semua borang pertunangan dan pernikahan remaja itu dan pasangannya.

“Susulan itu, pada 29 Disember 2017, lelaki itu kemudian datang ke rumah mangsa dan mengajak menguruskan borang nikah sambil ditemani oleh adik lelaki mangsa,” katanya.

Sumber berkata, ketika di pekan Beaufort, mangsa diminta supaya mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk mengisi surat nikah, manakala adiknya menunggu di sebuah restoran.

“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya.

“Namun, kejadian itu bukan pertama kali dan lelaki itu dipercayai sekali lagi merogol mangsa di hotel sama pada 3 Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol.
-hmetro

Tiada ulasan: