"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis peras ugut, cabul penuntut wanita direman

Parit: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut serta mencabul kehormatan seorang penuntut wanita sebuah pusat latihan kemahiran berusia 20 tahun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, anggota berusia 27 tahun yang masih bujang dari Balai Polis Parit itu ditahan pukul 9 malam selepas mangsa dan kekasih sebayanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, anggota berkenaan yang berpakaian biasa dan memandu kereta persendirian jenis Honda Civic, telah memperkenalkan diri sebagai polis sebelum menahan pasangan tersebut ketika mereka berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Proton Savvy berwarna merah, di tepi jalan Parit-Seri Iskandar pada pukul 12 tengah hari.

“Mangsa dan kekasihnya tidak dihantar ke balai, sebaliknya dibawa ke sebuah kedai minum di Seri Iskandar bagi tujuan menyelesaikan kes tanpa sebarang laporan polis.

“Kedua-dua mangsa tidak berpuas hati apabila mereka diperas ugut untuk membayar sebanyak RM700 dalam tempoh masa dua minggu jika tidak mahu kes berkenaan dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, selepas diperas ugut, anggota polis berkenaan telah meminta kekasih mangsa untuk pulang sendiri sementara suspek menghantar mangsa ke pusat latihan kemahirannya di sini dengan menaiki kereta miliknya.

Mohamad Zainal berkata, ketika membawa mangsa di sekitar Seri Iskandar dan Parit, anggota polis itu didakwa telah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mencabul mangsa.

“Selepas siasatan dibuat, kita dapati suspek merupakan seorang anggota yang sedang dalam perkhidmatan dan baru berkhidmat dua tahun,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 dan 385 Kanun Keseksaan.
-Utusan

Tiada ulasan: