"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hujah Nik Abduh makan diri, kata Hanipa

Kenyataan dibuat salah seorang pemimpin PAS semalam, kata Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin, menggambarkan imej keseluruhan parti berkenaan yang menganggap orang lain "tidak cerdik".

Kata Hanipa apa yang ditulis Nik Mohamad Abduh kelmarin tidak lebih sekadar lakonannya untuk mengelirukan orang lain.

Langkah mengkritik Datuk Seri Najib Razak itu, kata Hanipa, sengaja dibuat Nik Mohamad Abduh supaya orang melihat PAS tidak terkecuali mengecam perdana menteri yang dikaitkan dengan saman kerajaan AS berhubung skandal 1MDB.

"Mamat ni memang semua tahu, dalam parlimen kewujudannya seperti tak wujud. Tapi dalam Facebook, dia agak rajin berceloteh," katanya mengenai Nik Mohamad Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Kelmarin anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengecam secara pukal Najib, Lim Kit Siang (anggota parlimen Gelang Patah), Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Pakatan Harapan) serta Husam Musa (naib presiden AMANAH) dalam kemas kini di Facebooknya.

Malaysiakini pada 12 Feb melaporkan antara kritikan dibuat Nik Mohamad Abduh ialah kenyataan dibuat Najib berhubung pergantungan Kota Bharu kepada Putrajaya untuk membolehkan kerajaan negeri mentadbir dengan lancar.

Kambing pun tak tahan

Kata Hanipa, hujah anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu mengenai Kelantan lebih awal wujud sebelum Malaysia sebenarnya seolah-olah senjata memakan diri.

"Sedarkah si mamat ni yang kesemua pemimpin yang dia rujuk itu semuanya dah lama wujud sebelum dia sendiri wujud?" katanya.

Mengenai sindiran kepada Dr Mahathir yang seperti ketakutan melihat hantu ketika PAS sudah berada di depan, Hanipa berhujah, kenyataan itu menunjukkan Nik Mohamad Abduh seperti mengakui PAS "macam hantu atau jembalang".

Dan tidak seperti hantu biasa, kata Hanipa, lembaga itu tidak disangka-sangka boleh berada di depan.

"Patutnya hantu khususnya yang lembab dan dah tua bangka selalu ada kat belakang. Tiba- tiba tak disangka ada juga hantu duduk di depan.

"Yang Dr Mahathir mungkin tak sedar, ini hantu suci, ada pengecualian daripada keadan normal," katanya.

Hanipa juga menggunakan analogi untuk menjelaskan keadaan berkenaan.

Katanya, ia kira-kira seperti kisah tiga orang beradu ketahanan untuk tinggal dalam bangsal kambing yang 

"Orang pertama tahan lima minit saja, yang kedua tahan lama sikit - 10 minit tetapi yang ketiga semua orang tak sangka.

"Nampak macam suci dan bersih tetapi rupa-rupanya lepas lima minit saja, kambing yang lari keluar dulu. Rupa-rupanya kambing pun tak tahan dengan bau busuk dia!" katanya.

Tindakan Nik Mohamad Abduh mengkritik anggota parlimen Gelang Patah pula Hanipa berkata, ia secara tidak langsung mengesahkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang bercita-cita mahu mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri.
Langkah itu kata Hanipa bukan saja janggal kerana membawa masuk wakil Umno - yang bermusuh dengan Pakatan Rakyat - untuk menjadi perdana menteri semata-mata mahu menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nampak sangat mamat ni tak tahu apa yang orang kata the basic rules of engagement (asas kebersamaan) apabila berpakat.

"Tak payah YB Gelang Patah, mana-mana orang yang siuman pun tak boleh terima idea gila melantik orang dari parti yang lawan kita untuk jadi perdana menteri dan mewakili kita," katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: