"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Pemuda Amanah kini kritikal, ditidurkan akibat Covid-19

FMT Reporters

Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah Nasir menerusi Twitternya memohon semua mendoakan kesembuhan Shazni. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan positif Covid-19 tahap empat pada 24 Julai lalu kini dilaporkan agak kritikal dan telah ditidurkan.

Berita berkenaan dikongsi Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah Nasir menerusi Twitternya.

Dalam satu catatan ringkas, Akmal memaklumkan rakan seperjuangannya itu kini mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima dan memohon semua mendoakan kesembuhan Shazni.

“Shazni kini ditidurkan, sudah masuk ‘stage’ 5 Covid-19. Ya Allah, Kau lindungilah beliau, berikan kesembuhan, berikan kekuatan kepada beliau. Mohon sama-sama doakan,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi memaklumkan selain Shazni, isteri dan anak-anaknya turut dijangkiti Covid-19.

Tiada ulasan: