"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akuan tarik sokongan pada PM telah diserah pada Agong - Umno

Malaysiakini 

Umno telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua  kerajaan telah terpadam.

—--------

Menteri tenaga letak jawatan

Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.  

Anggota parlimen Lenggong daripada Umno berkata langkah itu diambil susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

Malah, katanya, pimpinan Umno yang mencadangkan dia sebagai menteri sebelum ini.

“Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Shamsul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Tiada ulasan: