"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas Shamsul, ramai lagi timbalan, menteri Umno akan letak jawatan, kata ahli MKT

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Keputusan Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selaras arahan dibuat pucuk pimpinan Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Razlan Muhamad Rafi, berkata beliau yakin Ahli Parlimen Umno lain yang memegang jawatan dalam kerajaan perikatan Nasional (PN) termasuk menteri dan timbalan menteri ketika ini akan mengikut langkah Shamsul.

“Ini adalah keputusan parti, semua Ahli Parlimen mesti menuruti dan mentaati keputusan parti.

“Saya percaya semua Ahli Parlimen Umno akan mengikutinya, malah BN juga akan ikut,” katanya kepada FMT mengulas peletakan jawatan Shamsul sebagai menteri dalam kerajaan Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Shamsul juga Ahli Parlimen Lenggong dari Umno mengumumkan peletaka jawatannya dalam Kabinet Muhyiddin.

Tiada ulasan: