"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai PAS sahkan Takiyuddin masuk hospital

Alyaa Alhadjri

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dimasukkan ke hospital selepas menjalani pembedahan jantung Jumaat lepas, kata pegawai penerangan PAS Mohd Shahir Abu Hassan.

Shahir berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia berkaitan perkara itu hari ini.

“Ya, dia jalani pembedahan jantung (angiogram),” katanya kepada Malaysiakini.

Shahir berkata pegawai Takiyuddin telah memaklumkan perkembangan itu kepada parti.

Utusan hari ini melaporkan Takiyuddin menjalani pembedahan selama tiga jam di Pusat Perubatan IHEAL, Kuala Lumpur.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama 3 jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok,” lapor Utusan, memerik sumber.

Takiyuddin sebelum ini diminta speaker Dewan Rakyat membuat penjelasan berkaitan status ordinan darurat sama ada telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Di sebalik bantahan pembangkang, sidang khas parlimen bagaimanapun ditangguhkan hari ini atas alasan risiko Covid-19.

Istana Negara minggu lepas menyifatkan Takiyuddin mengelirukan dewan dengan berkata ordinan darurat ditamatkan pada 21 Julai sedangkan Yang di-Pertuan Agong belum membuat perkenan.

Baginda malah amat dukacita kerana mahu ordinan itu dibahas dan dirungkai di parlimen.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam berkata kerajan sudah menasihatkan Agong berhubung perkara itu dan pembatalan dibuat secara teratur dan selaras dengan undang-undang serta perlembagaan.

Tiada ulasan: